KOTA KINABALU ~ Pada 20hb Disember 2017, Mesyuarat Pembangunan Bil. 4/2017 sedang berlangsung di bilik mesyuarat Nephrite.
ACARA SUKAN BOWLING
KOTA KINABALU, 07 DISEMBER 2017 (KHAMIS) - Kelab Kebajikan dan Rekreasi Mineral & Geosains, JMG Sabah (KEM-G) telah menganjurkan program pertandingan sukan Bowling peringkat Jabatan yang bertempat di CPS Bowling, Centre Point, Kota Kinabalu, Sabah. Penyertaan acara sukan ini terbahagi kepada Dua kumpulan iaitu Kumpulan Emerald(Hijau) dan Kumpulan Ruby(Merah). Kumpulan Emerald telah memenangi acara sukan Bowling ini.
PERTANDINGAN SUKAN DART, KAROM DAN PING PONG
KOTA KINABALU, 06 DISEMBER 2017 (RABU) - Kelab Kebajikan dan Rekreasi Mineral & Geosains, JMG Sabah (KEM-G) telah menganjurkan tiga program pertandingan sukan peringkat Jabatan iaitu Dart, Karom dan Ping Pong yang bertempat di Dewan Mesyuarat Nephrite, JMG Sabah. Penyertaan acara sukan ini terbahagi kepada Dua kumpulan iaitu Kumpulan Emerald dan Kumpulan Ruby. Secara keseluruhannya, kumpulan Emerald telah memenangi bagi ketiga-tiga acara sukan tersebut.
PENGURUSAN JMG SABAH
KOTA KINABALU ~ Tanggal 18 Disember 2017, pihak pengurusan tertinggi JMG Sabah telah merakamkan gambar untuk dimuatkan ke dalam laporan tahunan yang terkini.
JMG SABAH MENERIMA PELAJAR INDUSTRI DALAM JULAI 2017
JULAI 3, 2017 (KOTA KINABALU) ~ Pada 3hb Julai 2017, JMG Sabah telah menerima seramai 15 orang pelajar latihan industri dari dua bidang yang berbeza. Seramai 7 orang pelajar latihan industri dari bidang Geologi telah ditempatkan di Unit Geosains dan Unit Sumber Mineral. Manakala seramai 8 orang pelajar latihan industri dari bidang Kimia telah ditempatkan di Unit Perkhidmatan Makmal JMG Sabah.