Pada 22 Disember 2014, Perhimpunan bulanan JMG (sabah) Bil 12/2014 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Nephrite dengan dihadiri oleh semua kakitangan JMG (Sabah).
Lawatan Sambil Belajar Ke Dayang Bunting Marble Geoforest Park
Pada 16 hingga 19 Januari 2015 yang lalu, seramai 13 peserta yang terdiri daripada ahli Kelab Rekreasi dan Mineral dan Geosains (KEM-G), Jabatan Mineral dan Geosains Kota Kinabalu Sabah telah menyertai lawatan sambil belajar ke Pulau Langkawi. Rombongan ini turut disertai oleh ahli keluarga masing-masing.
Lawatan Sambil belajar ke Maliau Basin anjuran Kelab Sukan dan Rekreasi Jabatan Mineral dan Geosains , Malaysia Sabah
Lawatan Sambil belajar ke Maliau Basin anjuran Kelab Sukan dan Rekreasi Jabatan Mineral dan Geosains , Malaysia Sabah telah dilaksanakan pada 30 Januari hingga 2 Februari 2015 dengan penyertaan seramai 12 orang kakitangan jabatan dan 2 orang ahli keluarga kelab KEMG.
Majlis Perhimpunan Bulanan Bil. 11/2014
Pada 27 November 2014, Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia (Sabah) telah mengadakan satu perhimpunan bulanan yang dianjurkan oleh Unit Lombong dan Kuari. Perhimpunan bulanan ini telah dihadiri oleh Y.bhg Tuan Pengarah JMG Sabah, Ketua Aktiviti dan kakitangan. Majlis juga telah dihadiri oleh pegawai pegawai daripada Ibupejabat JMG Malaysia.
Y.Bhg Tuan Pengarah Sedang Memberikan Amanat.
LAWATAN SAMBIL BELAJAR SMK TEBOBON KOTA KINABALU SABAH KE JMG SABAH
Seramai 30 pelajar bersama dengan 3 orang guru dari SMK Tebobon Sabah telah membuat lawatan sambil belajar ke JMG Sabah pada 25 Oktober 2013. Lawatan sambil belajar ini dilakukan sempena Sambutan Minggu Alam Sekitar Malaysia (MASM) peringkat sekolah tahun 2013.
Lawatan ini disambut mesra oleh kakitangan JMG Sabah yang diketuai oleh En. Fredolin Javino dan dibantu oleh Pn. Jenneth Cyril, En. Nightingale dan En. Arthur Leo. Aktiviti yang terlibat semasa lawatan ini dijalankan adalah Pengenalan JMG & Fungsi dan Perkongsian Ilmu melalui sesi soal jawab antara guru, pelajar dan kakitangan JMG Sabah.