KUCHING, SARAWAK, 11 November 2019 - Unit Perkhidmatan Makmal JMG Sarawak telah mengadakan Taklimat Keselamatan Sinaran – Awareness pada 11 November 2019. Kursus telah dikendalikan oleh wakil daripada Alpha Centennial Sdn. Bhd, En. Zainal Abidin dan dihadiri seramai 20 orang kakitangan terdiri daripada Ketua-ketua Aktiviti dan kakitangan Unit Perkhidmatan Makmal.
MAJLIS GAWAI RAYA 2019 ANJURAN KELAB MINERAL DAN GEOSAINS SARAWAK
Kuching, 26 Jun 2019 – Majlis Gawai Raya 2019 adalah gabungan perayaan Gawai Dayak dan juga Hari Raya Aidilfitri. Majlis ini diadakan di perkarangan Blok A dan Blok B dan dianjurkan oleh Kelab Mineral dan Geosains Sarawak, KMGS.
MAJLIS PERHIMPUNAN BIL. 6/2019
Kuching, 26 Jun 2019 – Majlis Perhimpunan Bulanan Jab. Bil. 6/2019 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Baiduri dengan tetamu undangan khas, Tuan Haji Mohd. Zukeri bin Abd. Ghani, Timbalan Ketua Pengarah Operasi Mineral dan Geosains Malaysia serta diiringi oleh En. Abdul Rahim, Ketua Penolong Pengarah serta kakitangan jabatan.
KURSUS PENGGUNAAN ELEKTRIK FUSION, XRFUSE 6
KUCHING, SARAWAK, 21 Februari 2019 - Unit Perkhidmatan Makmal JMG Sarawak telah mengadakan Kursus Penggunaan XRFuse 6 Fusion Machine pada 13 hingga 14 Februari 2019. Kursus telah dikendalikan oleh wakil daripada RGS Sdn. Bhd, En. Loy Hao Chih.
PERHIMPUNAN BULANAN JANUARI 2019
31 Januari 2019, KUCHING – Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan bagi bulan Januari 2019 telah dianjurkan oleh Aktiviti Mineral berlogam, JMG Sarawak di Bilik Mesyuarat Baiduri, JMG Sarawak. Perhimpunan bulanan telah dihadiri oleh 86 kakitangan dan 3 orang pelajar latihan industri.