MAKLUMAN PENUTUPAN PEJABAT JMG SARAWAK DALAM TEMPOH PKP 3.0

MAKLUMAN PENUTUPAN PEJABAT JMG SARAWAK DALAM TEMPOH PKP 3.0

HEBAHAN AWAM

 

Dimaklumkan bahawa operasi pejabat Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia Sarawak ditutup sementara bermula 1 Jun 2021 hingga 14 Jun 2021.

Penutupan operasi tersebut adalah berikutan arahan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 diumumkan oeh Majlis Keselamatan Negara.

Talian hotline dibuka semasa tempoh PKP bagi sebarang pertanyaan, urusan dan khidmat nasihat:

Hotline : 016 - 8672337 (En. Manggon Abot)

 

Segala kesulitan amat dikesali

 

Sekian, terima kasih.

 

“PRIHATIN RAKYAT: DARURAT MEMERANGI COVID-19”

 

PENGARAH

JMG MALAYSIA SARAWAK

 

 

PERHIMPUNAN BULANAN MAC 2021

PERHIMPUNAN BULANAN MAC 2021

KUCHING, Sarawak -: Perhimpunan Bulanan Jabatan Bil. 1/ 2021 yang telah diadakan pada 26 Mac 2021 (Jumaat) dianjurkan oleh Unit Perkhidmatan Makmal. Perhimpunan ini dihadiri oleh kakitangan JMG Sarawak dengan jumlah yang sangat terhad dan pada masa yang sama tetap mengamalkan norma – norma baru. Majlis perhimpunan ini juga diadakan secara maya melalui google meet bagi yang bekerja di rumah (BDR).

Majlis dimulakan dengan nyanyian Lagu NegaraKu, Sarawak Ibu PertiwiKu dan Lagu Perkhidmatan Awam. Manakala bacaan doa telah diketuai oleh En. Mohammad Aswandi bin Ariff.

Baca selanjutnya

PERHIMPUNAN BULAN JULAI 2020

PERHIMPUNAN BULAN JULAI 2020

KUCHING, 29 Julai 2020 - Perhimpunan Bulanan Julai JMG Malaysia Sarawak telah diadakan di Bilik Mesyuarat Baiduri dan dihadiri oleh seramai 71 kakitangan dengan mengamalkan SOP norma baharu.

En. Hilary Muyan Nicholas Thomas Pengarah JMG Sarawak yang baharu merakamkan ucapan ribuan terima kasih khasnya kepada semua warga JMG Sarawak dan JMG Malaysia amnya atas perlantikan ke jawatan Pengarah JMG Sarawak yang berkuatkuasa 13 Julai 2020.

Baca selanjutnya

LAWATAN KERJA YANG BERHORMAT TIMBALAN MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI MALAYSIA

LAWATAN KERJA YANG BERHORMAT TIMBALAN MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI MALAYSIA

Pada 23 Jun 2020, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Sarawak telah menerima kunjungan lawatan kerja Yang Berhormat Tuan Ali anak Biju, Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) berserta rombongan.

Yang Berhormat Tuan Ali anak Biju serta rombongan telah disambut oleh Timbalan Pengarah Mineral dan Geosains Sarawak, En. Hilary Muyan Nicholas Thomas, Timbalan- Timbalan Pengarah serta pengawai-pegawai Kanan yang lain. Setibanya beliau di perkarangan jabatan, Yang Berhormat serta rombongan disambut dengan tarian ngajat Ngalu Temuai oleh Dr. Dana Badang. Yang Berhormat Timbalan Menteri berkesempatan untuk menandatangani Buku Pelawat JMG Sarawak.

Baca selanjutnya

WDXRF APPLICATION TRAINING BY RIGAKU APPLICATION SPECIALIST

WDXRF APPLICATION TRAINING BY RIGAKU APPLICATION SPECIALIST

Kuching, 21 Februari 2020  -           Unit Perkhidmatan Makmal telah mengadakan latihan Wavelength Dispersive X-Flourescence (WDXRF) Application Training pada 17 Februari 2020 sehingga 19 Februari 2020. Latihan ini telah dianjurkan oleh pihak RIGAKU Corporation Sdn. Bhd. dan tenaga pengajar adalah daripada En. Shun- Ichiro Kamakawa, Rigaku Application Specialist.

Baca selanjutnya