LAB PENILAIAN SUMBER ARANG BATU DAN COAL BED METHANE

 LAB

Mukah adalah satu bahagian di dalam Sarawak yang sebahagian besar kawasannya menghadap Laut China Selatan. Di sini terletaknya kawasan perlombongan arang batu dan juga pusat janakuasa terbesar di Sarawak. Keistimewaan ini menjadikan Mukah sebagai lokasi terbaik untuk Lab Penilaian Sumber Arang Batu dan Coal Bed Methane (CBM).

Pada 10 April 2017 (Isnin) yang lepas, Unit Sumber Arang Batu JMG Sarawak dengan kerjasama JMG Sabah menganjurkan Lab Penilaian Sumber Arang Batu dan Coal Bed Methane (CBM). Ia dihadiri oleh pegawai-pegawai geosains seluruh negeri dan juga penceramah-penceramah dari dalaman dan jemputan seperti Jabatan Tanah dan Survei, Sarawak, Natural Resources and Environment Board (NREB) Sarawak dan Sarawak Coal Resources. Jumlah keseluruhan penyertaan ialah seramai 28 orang pegawai-pegawai JMG dan penceramah jemputan.

Baca selanjutnya

MAJLIS QURBAN

Sempena sambutan Hari Raya Aidiladha pada 12 September 2016, Isnin yang lepas, Badan Kebajikan Kakitangan Islam JMG Sarawak mengadakan Majlis Qurban.

Pada majlis tersebut, sebanyak dua (2) ekor lembu telah ditumbangkan hasil sumbangan 14 orang ahli bagi tujuan sembelihan dan qurban. Proses sembelihan telah diadakan di Kota Semarahan, manakala proses melapah dan pembahagian daging diadakan di perkarangan tempat letak kereta jabatan. 

 Sebanyak tiga (3) lokasi golongan asnaf telah diketahui untuk tujuan agihan daging qurban iaitu Kampung Sinar Budi Baru, Kampung Bunga Rampai dan Kampung Jaya Bakti. Proses agihan daging qurban kepada golongan asnaf dilakukan sejurus selepas agihan daging kepada penyumbang qurban.

Semoga aktiviti ini diteruskan pada masa akan datang kerana ia mampu merapatkan silaturahim dikalangan ahli serta keluarga.

MAJLIS PERASMIAN DAN PENYERAHAN SISTEM AIR GRAVITI BUKIT KPG. TELOK SERABANG, SEMATAN, LUNDU

MAIN PHOTO

JMG Sarawak telah mengadakan Majlis Perasmian Dan Penyerahan Sistem Air Graviti Bukit di Kampung Telok Serabang, Sematan pada 2 Mei 2016 bersempena Program Jabatan di Bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia. Majlis telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dato’ Wan Mazlan bin Wan Mahmood, Setiausaha Bahagian Mineral dan Geosains, Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar Malaysia.

Baca selanjutnya