MAJLIS APC DAN JASAMU DIKENANG JMG SARAWAK JUN 2022

MAJLIS APC DAN JASAMU DIKENANG JMG SARAWAK JUN 2022
KUCHING, 08 JUN 2022 – Majlis APC (Anugerah Perkhidmatan Cemerlang) dan Jasamu Dikenang JMG Sarawak telah diadakan pada 08 Jun 2022 (Rabu) di Bilik Baiduri, JMG Sarawak. Ia disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah Operasi (TKP(O)) JMG Malaysia, En. Mohd Bazran bin Hj Taib. Majlis dimulakan tepat pada pukul 9.00 pagi dengan nyanyian lagu negaraku, lagu Sarawak Ibu Pertiwiku, lagu Perkhidmatan Awam dan disusuli dengan bacaan doa. Agenda majlis dimulakan dengan ucapan perutusan oleh En. Roslan Bin Rajali iaitu pegawai yang menanggung tugas Pengarah JMG Sarawak. Di dalam perutusannya, beliau mengucapkan terima kasih kepada TKP(O) serta rombongannya kerana sudi melawat ke JMG Sarawak. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada semua penerima APC 2021 dan berharap ia akan menjadi pencetus semangat untuk cemerlang pada masa hadapan. Diakhir ucapannya, beliau mengucapkan selamat bersara kepada kakitangan yang akan berpencen pada bulan ini. Sesungguhnya jasa-jasa yang ditaburkan akan dikenang sampai bila-bila. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada TKP(O). Beliau mengucapkan terima kasih di atas layanan dan sambutan oleh JMG Sarawak. Di dalam ucapannya beliau mengatakan ini adalah lawatan rasmi beliau yang pertama dan terakhir ke JMG Sarawak sebagai TKP(O) kerana akan bersara wajib pada Ogos tahun ini. Beliau turut menyimpan hasrat untuk melihat JMG terus cemerlang pada masa hadapan. Usai ucapannya, majlis diteruskan dengan penyampaian APC. Seramai Sembilan (9) orang kakitangan JMG Sarawak telah menerima APC 2021 iaitu:1. Encik Jaithish John (Timbalan Pengarah Sumber Mineral)2. Encik Japri Bin Bujang (Ketua Penolong Pengarah Kanan )3. Puan Hermawati Binti Tambeng (Penolong Pengarah Kanan )4. Encik Abang Zulkefly Bin Abang Ahmad Masuine (Penolong Pegawai Geosains)5. Encik Mohammad Nata Bin Bihim (Pembantu Geosains)6. Encik Imlan Anak Ponit (Pembantu Geosains)7. Encik Raffy Bin Paun (Pembantu Geosains)8. Encik Dinnis Anak Ringkai (Pembantu Geosains)9. Puan Vironica Serany Anak Entalang (Pembantu Tadbir Pentadbiran) Di samping itu, JMG Sarawak juga bakal kehilangan empat (4) orang kakitangan pada bulan ini, Tiga (3) daripadanya akan bersara wajib iaitu Encik Yusuf bin Bujang, Encik Shuib Bin Luwi dan Puan Sidin Poren manakala En Mohd Akif bin Dzurkornain akan bertukar ke Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA). Kesemua kakitangan ini diberikan cenderahati kenang-kenangan yang disampaikan oleh TKP(O). Akhir kata, sekalung tahniah diucapkan kepada semua penerima APC 2021. Semoga ia akan menjadi dorongan kepada kakitangan lain untuk terus meningkatkan prestasi kerja masing-masing. Untuk bakal pesara, kami doakan semoga kalian semua berbahagia disamping keluarga tercinta dan dikurniakan kesihatan yang baik.

MAJLIS PERHIMPUNAN BULAN MEI 2022, MAJLIS PERSARAAN DAN TAKLIMAT BOMBA

MAJLIS PERHIMPUNAN BULAN MEI 2022, MAJLIS PERSARAAN DAN TAKLIMAT BOMBA
KUCHING, 26 MEI 2022 - Jabatan Mineral dan Geosains Sarawak telah menganjurkan tiga majlis pada hari yang sama iaitu Majlis Perhimpunan Bulanan, Majlis Persaraan dan Taklimat Bomba secara bersemuka dengan mematuhi SOP sediada. Majlis dimulakan tepat pada pukul 8.30 pagi dengan nyanyian lagu negaraku, lagu Sarawak Ibu Pertiwiku, lagu Perkhidmatan Awam dan disusuli dengan bacaan doa. Agenda majlis dimulakan dengan ucapan perutusan oleh pegawai yang menanggung tugas (MT) Pengarah JMG Sarawak iaitu Yang Berusaha Tuan Roslan @ Setebin bin Roslan. Di dalam perutusannya, beliau telah menyentuh beberapa perkara seperti status kewangan pejabat, peringatan, makluman dan pelaporan aktiviti bulanan oleh setiap unit/aktiviti di JMG Sarawak. Usai ucapan Encik Roslan, majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati oleh MT Pengarah JMG Sarawak kepada En Yusuf Bin Bujang di atas persaraan beliau pada 26 Mei 2022. Warga JMG Malaysia Sarawak amat menghargai jasa dan sumbangan beliau sepanjang berkhidmat selama 37 tahun bersama JMG.   Sejurus tamatnya majlis persaraan, majlis diteruskan lagi dengan Taklimat Keselamatan oleh Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Padungan, En Tan Min Chai yang bertajuk `Langkah Pencegahan Kebakaran’. Banyak tips dan pesanan yang  telah disampaikan oleh penceramah yang boleh dijadikan ingatan dan panduan bagi mengelak dan menghadapi kebakaran jika berlaku.   Akhir kata, JMG Sarawak sekali lagi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada En Yusuf Bujang di atas segala sumbangan bakti beliau khususnya kepada JMG Sarawak. Kami doakan semoga beliau berbahagia di samping keluarga tercinta dan akan dikurniakan kesihatan yang baik selepas bersara.

PERHIMPUNAN BULANAN APRIL 2022 JMG SARAWAK

PERHIMPUNAN BULANAN APRIL 2022 JMG SARAWAK
KUCHING, 25 APRIL 2022 - Jabatan Mineral dan Geosains Sarawak telah menganjurkan Majlis Perhimpunan Bulanan secara bersemuka dengan mematuhi SOP sediada. Majlis dimulakan tepat pada pukul 8.30 pagi dengan nyanyia lagu Negaraku, lagu Sarawak Ibu Pertiwiku, lagu Perkhidmatan Awam dan disusuli dengan bacaan doa bagi memberkati majlis kali ini. Seperti kebiasaan, agenda majlis diteruskan dengan ucapan perutusan oleh pegawai yang menanggung tugas Pengarah JMG Sarawak iaitu Yang Berusaha Tuan Roslan @ Setebin bin Rajalli. Di dalam perutusannya, beliau telah menyentuh beberapa perkara seperti status kewangan pejabat, peringatan, makluman dan pelaporan aktiviti bulanan oleh setiap aktiviti/unit di JMG Sarawak. Beliau turut menekankan konsep keluarga JMG di mana sebagai keluarga, kita seharusnya bekerja sebagai satu pasukan dan melengkapi antara satu sama lain bagi mencipta suasana kerja yang kondusif dalam JMG Sarawak. Selain itu, beliau juga memberi cadangan agar mana-mana pegawai yang terlibat dengan kursus atau bengkel latihan untuk berkongsi ilmu dan pengetahuan yang diperoleh secara dalam kepada warga jabatan. Di samping itu, warga jabatan tekah diperkenalkan dengan kehadiran seorang pelajar latihan industri iaitu Cik Nur Syazlin binti Sazali. Seterusnya, warga jabatan disajikan dengan tayangan montaj bergambar aktiviti sukan Kelab Mineral dan Geosains Sarawak (KMGS) iaitu KMGS Sport Challenge 2022 (Badminton) sebelum diakhiri dengan sesi penyampaian hadiah kepada para pemenang KMGS Sport Challenge 2022 (Badminton) yang telah disempurnakan oleh Encik Roslan @ Setebin bin Rajalli, Menanggung Tugas Pengarah JMG Sarawak. Akhir kata, tahniah diucapkan kepada semua peserta terlibat dan majulah sukan untuk JMG Sarawak.

PERHIMPUNAN BULANAN JAN 2022 DAN HARI INOVASI JMG SARAWAK

PERHIMPUNAN BULANAN JAN 2022 DAN HARI INOVASI JMG SARAWAK

KUCHING, Sarawak -: Perhimpunan Bulanan Jabatan Bil. 1/ 2021 telah diadakan pada Khamis 27 Januari 2022 yang dianjurkan oleh Unit Perkhidmatan Makmal. Perhimpunan ini dihadiri oleh kakitangan JMG Sarawak secara bersemuka dengan mematuhi SOP sediada.

Majlis dimulakan dengan nyanyian Lagu NegaraKu, Sarawak Ibu PertiwiKu dan Lagu Perkhidmatan Awam. Bacaan doa pula diketuai oleh En. Mohd. Fairuz bin Soh/ Yusuff.

En. Roslan bin Rajali, selaku pegawai yang menanggung tugas Pengarah JMG Sarawak, telah  menyampaikan beberapa informasi terkini berkenaan isu-isu semasa Jabatan.  Di dalam perutusannya, beliau telah menyentuh beberapa perkara seperti status kewangan pejabat, peringatan, makluman dan pelaporan aktiviti bulanan oleh setiap aktiviti/unit di JMG Sarawak. Beliau juga telah memaklumkan kepada majlis bahawa seorang pegawai JMG Sarawak akan ditukarkan ke Semenanjung. Selain itu JMG Sarawak akan menerima kemasukan dua orang pegawai senior yang akan melaporkan diri pada awal Februari. Diakhirnya, majlis diperkenalkan dengan pelajar-pelajar latihan industri yang melapor diri pada bulan Januari.   

                                                                                                                                                                                          Di dalam perhimpunan ini juga, majlis perpisahan kakitangan iaitu Puan Veronica Serany ak. Entalang telah diraikan dengan pemberian cenderahati sebagai tanda terima kasih dan kenangan. Puan Veronica Serany Ak Entalang Pembantu Tadbir N19 yang telah bertukar ke JPN Sarawak berkuatkuasa pada 27 Januari 2022.

Usai majlis perhimpunan dan majlis perpisahan, acara diteruskan dengan sambutan Hari Inovasi JMG Sarawak. Majlis dimulakan dengan bacaan teks ucapan Ketua Pengarah JMG Malaysia yang disampaikan oleh En. Roslan Bin Rajali. Selepas itu para hadirin disajikan dengan tayangan video berkaitan inovasi. Acara penutup ialah taklimat ringkas kajian Rare Earth Element (REE) dan amali persampelan oleh Aktiviti Mineral Perindustrian (MPI). Taklimat disampaikan oleh Ketua Aktiviti MPI, En. Hussien B. Mohd Juni manakala amalinya oleh En. Stanley Ak Sindor. Jmg Sarawak mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan di atas kesudian aktiviti MPI untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan berkaitan REE kepada warga JMG Sarawak.

Walaupun majlis perhimpunan kali ini diadakan secara sederhana, namun kemeriahannya juga tetap dapat dirasakan. Dengan Kehadiran kakitangan JMG Sarawak yang amat memberangsangkan ia menambahkan lagi keceriaan majlis yang dijalankan. Diakhirnya, para hadirin disajikan dengan sedikit jamuan ringan yang disediakan secara bungkusan.                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                     

LAWATAN YB TIMBALAN MENTERI KETSA DAN TAKLIMAT NON-RADIOACTIVE RARE EARTH ELEMENTS (NR-REE)

LAWATAN YB TIMBALAN MENTERI KETSA DAN TAKLIMAT NON-RADIOACTIVE RARE EARTH ELEMENTS (NR-REE)

Selasa, 2 November 2021 - JMG M'sia, Sarawak telah mengadakan 

Taklimat NR REE dan sesi Perjumpaan Bersama YB Datuk Ali Biju, Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli  Malaysia. Majlis dimulakan dengan bacaan doa, dan diteruskan dengan ucapan aluan oleh Yang Berbahagia Tuan Hilary Muyan Nicholas Thomas, Pengarah JMG Sarawak. Selepas itu, disusuli dengan ucapan YB Timbalan Menteri.

Taklimat Non-Radioactive Rare Earth Elements telah disampaikan oelah Encil Hussien Mohd. Juni, Ketua Projek NR REE Sarawak dan selaku Ketua Aktiviti Mineral Perindustrian JMG Sarawak. Taklimat beliau merangkumi kajian dilakukan, kewujudan dan  taburan, perancangan, isu dan cabaran berkaitan NR REE.

Selepas sesi taklimat dan tayangan montaj Sarawak Delta Geopark, YB Timbalan Menteri bersama Pengarah JMG Sarawak dan para tetamu telah disajikan dengan majlis makan malam.

Pengarah dan JMG Sarawak ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB Timbalan Menteri atas kesudian beliau meluangkan masa serta amat prihatin tentang kebajikan semua kakitangan.