kUALA TERENGGANU 7 MEI 2018- Satu Mesyuarat mengenai bengkel Geopark Tasik Kenyir telah diadakan di UMT. Mesyuarat tersebut dihadiri oleh Pengarah UPEN Tuan Haji Rosman Bin ROslan ,pihak UMT dan Pengarah JMG Terengganu Azemi Bin Haji Eki. Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan mengenai bengkel Geopark Tasik Kenyir yang bakal diadakan pada awal Julai nanti.
BENGKEL mySPATA FASA II– ASET TAK ALIH DI AKMAL CAWANGAN TIMUR, KELANTAN
Rantau Panjang, 2 Mei 2018 – Seramai 2 orang kakitangan Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia, Terengganu telah menghadiri kursus bertajuk Bengkel MySpata fasa II – Aset Tak Alih bertempat di Akademi Kastam Diraja Malaysia(AKMAL) Wilayah Timur dari 2- 4 Mei 2018.
Bengkel yang memberi tumpuan berkenaan pengurusan aset tak alih ini bertujuan untuk memantapkan lagi ilmu pengetahuan berhubung subjek di atas. Bengkel ini dikendalikan oleh pegawai dari Kementerian Sumber Asli Dan Alam sekitar
Di antara pengisian bengkel ini adalah pengenalan konsep pengurusan aset tak alih kerajaan, pemahaman mengenai prosedur sistem kod dan dokumentasi pengumpulan data aset tak alih kerajaan.
Semoga seluruh 36 orang kakitangan yang terlibat dalam bengkel ini akan dapat menimba sebanyak mungkin maklumat yang disampaikan agar dapat diimplementasikan di jabatan masing-masing kelak.
SAMBUTAN HARI PEKERJA PERINGKAT NEGERI TERENGGANU
Kuala Terengganu, 1 Mei 2018(Selasa) - Tarikh 1 Mei merupakan tarikh yang penuh makna bagi pekerja di seluruh dunia kerana pada tarikh tersebut diumumkan sebagai Hari Pekerja bagi meraikan semua pekerja di seluruh dunia. Tema Hari Pekerja negara pada tahun 2018 ialah Pekerja Berkemahiran Peneraju Kecemerlangan Negara' telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 24 Februari lepas. Bertempat di Stadium Tertutup Negeri Terengganu pagi ini, telah diadakan sambutan Hari Pekerja Peringkat Negeri Terengganu yang dirasmikan oleh Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.
Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia,Terengganu turut sama meraikan Hari Pekerja itu dengan menghantar wakil seramai 10 orang staf dan pegawai bagi menghadiri majlis yang menghimpunkan seramai 5,000 orang pekerja dari seluruh negeri Terengganu.
PROGRAM USAHAWAN ECO-TOURISM DERAH BESUT
Pasir Akar, 30 April 2018(Isnin) – Pejabat Daerah Besut telah menganjurkan program Eco-Tourism Daerah Besut selama 2 hari bermula 30hb April hingga 1 Mei 2018. Program ini bertujuan untuk menjadikan Daerah Besut sebagai Pusat Pembangunan Usahawan Eco-Tourism dan menjadikan Besut sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia. Pada program ini, En.Hamlee bin Ismail (KUGS) telah membentangkan tentang kewujudan Cathaysia Flora Fosil, Paya Peda, Besut, Terengganu.
MAJLIS SOLAT HAJAT DAN RAMAH MESRA PENDUDUK KAMPUNG LUBUK BATU, KEMAMAN, TERENGGANU.
Kg. Lubuk Batu, 28 April 2018(Sabtu) – Majlis solat hajat dan ramah mesra bersama penduduk kampung Lubuk Batu telah dilaksanakan. Majlis ini dianjurkan oleh Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) bertempat di Surau Kg. Lubuk Batu, Kemaman, Terengganu. Majlis ini dimulakan pada jam 6.30 petang dan berakhir selepas solat isyak. En. Razaidi (KUPM) telah hadir ke majlis berkenaan.