HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA, NEGERI JOHOR 2018

1

JOHOR BAHRU, 13 OKTOBER 2018 - Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia , Negeri Johor telah mengadakan Hari Sukan Negara bagi tahun 2018 secara indoor dengan jayanya. Sambutan Hari Sukan Negara ini merupakan suatu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan di mana ia adalah satu langkah proaktif dalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah โ€˜Negara Bersukanโ€™ (Sporting Nation).


Hari tersebut telah diisi dengan pelbagai aktiviti indoor yang dimulai dengan sesi senamrobik dan zumba. Seterusnya diikuti dengan aktiviti Congkak, Perlawanan Karum, Perlawanan Ping Pong, Teng Teng, Lompat Getah dan lain-lain. Berikut disertakan gambar-gambar sepanjang Hari Sukan Negara Peringkat JMG Johor bagi Tahun 2018.

Sumbangan Artikel : Nurina Binti Jusoh

Written by : nurin