MAJLIS PENYERAHAN SIJIL JURULATIH BERKEPAKARAN TINGGI KEPADA PUAN NUR SUSILA DAN ENCIK WAN SALMI

MAJLIS PENYERAHAN SIJIL JURULATIH BERKEPAKARAN TINGGI KEPADA PUAN NUR SUSILA DAN ENCIK WAN SALMI

ALOR SETAR, 25 November 2021 - Bagi mengiktiraf kepakaran dalam bidang pemetaan geologi dan bidang bencana geologi, satu majlis penyampaian sijilย jurulatih berkepakaran tinggi telah diadakan bersempena Majlis Perhimpunan Bulanan JMG Kedah / Perlis / Pulau Pinang, hari ini.

Pengiktirafan sebagai jurulatih berkepakaran tinggi dalam bidang pemetaan geologi telah diberikan kepada Puan Nur Susila Bt. Md. Saaid, manakala pengiktirafan sebagai jurulatih berkepakaran tinggi dalam bidang bencana geologi pula diberikan kepada Encik Wan Salmi bin Hj. Wan Harun.ย 

Penyampaian sijil-sijil pengiktirafan tersebut disampaikan oleh Pengarah JMGKPP, Tuan Abdullah bin Hj. Sulaiman mewakili Ketua Pengarah JMG Malaysia.

Written by : afif