PROGRAM PENGURUSAN RISIKO BENCANA BERASASKAN KOMUNITI JERAI BIL.1/2022

PROGRAM PENGURUSAN RISIKO BENCANA BERASASKAN KOMUNITI JERAI BIL.1/2022

YAN, 11 Jun 2022 - Program Pengurusan Bencaran Risiko Bencana Bersasaskan Komuniti, atau Community Based Disaster Risk Management (CBDRM) Jerai Bil.1/2022 telah berlangsung dengan jayanya di Titi Hayun Chalet, Yan, hari ini.

Program kerjasama antara JMG dan UTM itu mendapat penyertaan dan sambutan yang amat baik daripada penduduk sekitar, khususnya mereka yang terlibat secara langsung dengan bencana geologi aliran puing yang berlaku pada 18 Ogos 2021 yang lalu.

Program ini dianjurkan adalah untuk mempemerkasakan komuniti ke arah pengukuhan kesiapsiagaan terhadap bencana geologi aliran puing.

Pada siri ini sesi perkongsian agensi dan penduduk serta aktiviti berkumpulan bagi mengumpul input setempat bagi cadangan pemetaan laluan evakuasi yang akan dijalankan secara praktikal pada siri berikutnya.

Ketua Pengarah JMG Malaysia, Tn. Hj. Hishamuddin Bin Termidi berbesar hati merasmikan majlis tersebut.

Turut menyokong program iniย ialah Pejabat Daerah Yan, Angkatan Pertahanan Awam, Jabatan Kebajikan Masyarakat, NADMA, NADIM, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Pusat Kesihatan daerah Yan, JICA, MJIT dan JPKK.

Written by : afif