Badan Kebajikan Kakitangan Islam (BKKI) JMG Sarawak telah mengadakan Majlis Kesyukuran dan Bacaan Yassin di Bilik Mesyuarat Baiduri pada Jumaat, 2 Februari 2018. Majlis Kesyukuran ini diadakan bagi meraikan kakitangan Islam (ahli-ahli BKKI) yang telah dinaikan pangkat/gred manakala Majlis Bacaan Yassin merupakan majlis rutin yang diadakan setiap hari Jumaat. Kakitangan-kakitangan Jabatan yang telah dinaikkan pangkat ialah; (i) En. Ismail Bin Hanuar (kenaikan pangkat daripada Gred C52 ke C54) (ii) Encik Zamzuri Bin Ghazalee (kenaikan pangkat daripada Gred C44 ke C48); (iii) Encik Mohd Zahir Bin Che Amad (kenaikan pangkat daripada Gred C41 ke C44); (iv) Encik Shahrul Ridzuan Bin Zainal Rashid (kenaikan pangkat daripada Gred C41 ke C44); dan; (iv) (v) Puan Noorhaniza Binti Mohamad (kenaikan pangkat daripada Gred N19 ke N22). BKKI mengucapkan tahniah dan semoga majlis sebegini dapat merapatkan silaturahim di kalangan ahli.