SHAH ALAM, JMGSWP, 17 Mei 2023 - JMGSWP mengadakan satu Sesi Pendaftaran dan Latihan Penggunaan Sistem Business Licensing Electonic Support System (BLESS) Untuk Permohonan Surat Kelulusan Skim Kuari (SKSK) untuk pengusaha-pengusaha kuari di Negeri Selangor yang telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Yang Berusaha Tuan Zambri bin Ramli.
ANJURAN EMPAT MAJLIS DALAM SATU JMGSWP
SHAH ALAM, 19 Mei 2023 – JMGSWP telah menganjurkan empat majlis dalam satu, iaitu bermula dangan Majlis Perhimpunan Bulanan bagi bulan Mei 2023, diikuti oleh Majlis Perpisahan, Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan diakhiri dengan Majlis Sambutan Aidilfitri peringkat jabatan.
Majlis yang diadakan pada tahun ini secara sederhana tetapi sangat meriah. Kehadiran warga jabatan adalah seratus peratus dan diserikan lagi dengan kehadiran kontinjen dari Ibu Pejabat Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia yang diketuai oleh Tuan Haji Nizarulikram bin Abdul Rahim.
SELAMAT PENGANTIN BARU
Pengarah beserta seluruh warga JMGSWP ingin mengambil kesempatan mengucapkan "Selamat Pengantin Baru" kepada En. Muhammad Nur Hafiz bin Ali (Unit Pembangunan Lombong dan Kuari) yang baru menamatkan zaman bujang bersama pasangan sempena cuti perayaan Tahun Baru Cina. Semoga tali perkahwinan terus kukuh mengikat sepakat, setia hingga ke akhir hayat. Dihiasi rahmat Illahi dengan rumahtangga yang sakinah, mawaddah, warohmah. Tahniah.
Majlis Perhimpunan Bulanan dan Suai Kenal bersama Pengarah JMGSWP
Pada 16 Januari 2018, Majlis Perhimpunan Bulanan dan Suai kenal bersama Pengarah Baru JMGSWP, En. Jontih Enggihon.
Perbincangan teknikal projek ECRL fasa 2
Pada 16hb. November 2017, sesi perbincangan teknikal telah diadakan bersama ERE Consulting Group Sdn. Bhd. bagi membincangkan input geologi dalam Laporan EIA untuk Projek East Coast Rail Link (ECRL) Fasa 2 di Bilik Mesyuarat Kuarza, JMGSWP.