Johor Bahru, 30 Oktober 2023 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 10/2023 JMG Johor telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru.
Majlis telah dipengerusikan oleh En. Hairul b. Mohamed Shaharudin diikuti dengan bacaan doa oleh En. Mohammad Saufee b. Sehat dan bacaan ikrar oleh En. Md Aris b. Md Esa. Perutusan pengarah telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah Sumber Mineral, Dr. Sia Say Gee. Majlis diteruskan dengan pengenalan pelajar industri Cik Nurul Nadhirah bt. Mohd Tahir dari Uitm Shah Alam dan kakitangan JMG Johor yang baru iaitu En. Aidil Hamkah b. Ithnin dari JMG Terengganu dan En. Muhammad Harith b. Hamdan dari JMG Selangor.