MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL 2/2021 JMG JOHOR SECARA MAYA

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL 2/2021 JMG JOHOR SECARA MAYA

Johor Bahru, 28 Februari 2021 – Buat kali kedua Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 2/2021 JMG Johor telah diadadakan secara maya lantaran pembukaan pejabat yang terhad kepada beberapa orang sahaja kerana perlaksanaan PKP 2.0. Ia adalah sejajar dengan saranan Kerajaan Malaysia ke arah kehidupan secara kebiasaan baharu.

Majlis telah dipengerusikan oleh Cik Nur Zayana Zahira bt. Shamsuri, diikuti dengan bacaan doa oleh En. Mohd Razman b. Yusop. Selepas itu, Pengarah JMG Johor Tn. Hj. Kamaruddan b. Abdullah telah menyampaikan perutusannya dan mengucapkan terima kasih kepada semua warga JMG Johor yang hadir dalam Perhimpunan Bulanan secara maya buat kali kedua.

Baca selanjutnya

PROGRAM SEKAMPIT BERAS SEBAKUL MAKANAN

PROGRAM SEKAMPIT BERAS SEBAKUL MAKANAN

Johor Bahru, 10 Disember 2020 – Baru-baru ini, Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan JMG Johor pada masa PKPB (Perintah Kawalan Pergerakkan Bersyarat) akibat penularan virus Covid- 19 yang menyerang seluruh dunia termasuk negara kita Malaysia baru-baru ini telah menganjurkan ‘Projek Sekampit Beras 2’ yang diilhamkan oleh Yang Dipertua Kelab dan Pengarah JMG Johor Tuan Hj. Kamaruddan b. Abdullah.

Baca selanjutnya

LAWATAN KERJA KETUA PENGARAH JMG MALAYSIA DAN PENYAMPAIAN APC 2019 DI JMG JOHOR

LAWATAN KERJA KETUA PENGARAH JMG MALAYSIA DAN PENYAMPAIAN APC 2019 DI JMG JOHOR

Johor Bahru, 12 Julai 2020 – YBhg Datuk KP JMG, Datuk Shahar Effendi bin Abdullah Azizi telah mengadakan lawatan kerja dan Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2019 di pejabat Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Johor. Bagaikan sireh pulang ke gagang, YBhg Datuk telah mengungkap kembali kenangan sewaktu  beliau berkhidmat sebagai Pengarah di JMG Johor selama 5 tahun mulai 2009 hingga 2014 dimana ketika itu semua warga JMG Johor bekerja sebagai satu pasukan yang betul-betul mantap dan hubungan sesama kakitangan, tidak kira pangkat adalah amat erat sekali.

Baca selanjutnya