IPOH, 1 Mac 2024: Makmal seperti biasa menganjurkan sesi perkongsian ilmu yang telah disampaikan oleh pegawai-pegawai serta kakitangan senior. Pada hari ini perkongsian ilmu telah disampaikan oleh En. Rashid Shapee dan En Ezrul Fazly Leman bertajuk Proses Penyedian Sampel Geokimia.
PERKONGSIAN ILMU: CALIBRATION OF VOLUMETRIC GLASSWARE
LAWATAN LEMBAGA PEMBANGUNAN TIMAH KE MAKMAL REE
MAJLIS MENANDATANGANI TERMA RUJUKAN (TOR) ANTARA JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA (JMG) DAN INSTITUT PENYELIDIKAN AIR KEBANGSAAN MALAYSIA(NAHRIM) BAGI KAJIAN HIDRAULIK NOSRS 3B
IPOH, 22 FEBRUARI 2024: Majlis ini merupakan satu langkah positif dalam mengukuhkan hubungan dan kerjasama di antara kedua agensi terlibat iaitu pihak JMG (Unit Geologi Marin) dan pihak NAHRIM (Pusat Kajian Pantai dan Oseanografi). Majlis ini bertujuan untuk menyelaraskan dan memperjelaskan peranan serta tanggungjawab agensi dalam pelaksanaan projek Kajian Hidraulik bagi Projek Sumber Pasir Laut Negara Fasa 3B.
ANUGERAH KHAS VISIBILITI MEDIA SOSIAL JMG TAHUN 2023
TAHNIAH....! Bahagian Perkhidmatan Teknikal, JMG telah berjaya memenangi Tempat Kedua bagi Anugerah Khas Visibiliti Media Sosial JMG bagi tahun 2023. Anugerah telah disampaikan oleh Ketua Pengarah JMG, Dato' Zamri Ramli kepada Pengarah Kanan BPT, Dato' Ahmad Zukni Mohd Khalil. Di dalam Program Perhimpunan Bulanan BPT, 31 Januari 2024, sijil berkenaan telah diserahkan kepada En. Mohd Zahar Ibrahim, selaku pentadbir bagi BPT untuk Facebook dan blog JMG.