KUANTAN, 7 Ogos 2024: Hari ini telah diadakan lawatan kerja ke Lynas Kuantan. Turut hadir adalah pegawai-pegawai Jabatan Mineral Dan Geosains dari pelbagai negeri termasuk juga pegawai-pegawai dari Core Group REE. Mereka yang hadir adalah Timbalan Pengarah JMG Pahang selaku penganjur, En. Shaari, Pengarah JMG Kelantan, En. Zaidi Daud, Pengarah JMG Terengganu, En. Hamlee, Pengarah JMG Perak. Tn. Hj. Nizarulikram Abdul Rahim dan En. Jaitish John dari JMG Sarawak.
LAWATAN DELEGASI LEMBAGA PENGARAH DAN ANGGOTA KELSTONE SDN. BHD. KE CAWANGAN PERKHIDMATAN MAKMAL, BAHAGIAN PERKHIDMATAN TEKNIKAL, JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA
IPOH, 12 JULAI 2024: Cawangan Perkhidmatan Makmal, Bahagian Perkhidmatan Teknikal, Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia telah menerima lawatan daripada delegasi Kelstone Sdn. Bhd. yang beralamat di Kota Bharu, Kelantan.
SEMINAR ICPMS-GLOBAL ARCHEOLOGY RESEARCH CENTRE, USM
IPOH, 21 Mei 2024: Seramai 10 Pegawai dan Pembantu Geosains dari Bahagian Perkhidmatan Teknikal, JMG telah dipilih untuk menghadiri Seminar ICPMS yang berlangsung di Global Archeology Research Centre, USM Pulau Pinang. Seminar dianjurkan oleh Innolab Sdn Bhd, pengedar produk Thermo Fischer di Malaysia. Peserta didedahkan dengan penggunaan peralatan Laser Ablation dan ICPMS untuk tujuan analisis Unsur Nadir Bumi (REE) dan air di makmal.
Lawatan KSU ke Makmal REE JMG Ipoh
IPOH, 29 April 2024: Hari ini, Makmal REE JMG Ipoh telah menerima tetamu dari Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Kementerian, NRES. Lawatan ini adalah kesinambungan dari Mesyuarat JTPK yang berlangsung di Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) pada sebelah pagi. Lawatan telah diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam, DATUK DR. CHING THOO A/L KIM, TKSU (SA), PUAN NORSHAM BINTI ABDUL LATIP, TKSU (KA), DATUK NOR YAHATI BINTI AWANG, SUB-SUB dan Ketua-ketua Jabatan di Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES).