PUTRAJAYA, 11 September 2024: Hari ini telah diadakan Majlis Menandatangani Perjanjian Kontrak Perolehan Laser Ablation Inductively Coupled Plasma Mass Spectrometry (LAICPMS) di antara JMG dengan Aztec Sinar Sdn. Bhd. JMG telah diwakili oleh Ketua Pengarah JMG, Datuk Zamri Ramli manakala Aztec Sinar telah diwakili oleh Pengarahnya, En. Azman Yunus. Perjanjian telah disaksikan oleh Pengarah Kanan BPT, Datok Ir. Ahmad Zukni Bin Ahmad Khalil dan En. Nazri Syawal Bin Abu Hassan bagi pihak Aztec Sinar Sdn. Bhd.
Kakitangan Baru Melapor Diri
IPOH, 3 September 2024: Hari ini Bahagian Perkhidmatan Teknikal menerima seorang warga yang baru melapor diri. Beliau adalah Pn. Nurul Faizah Omar, Pembantu Setiausaha (N19) kepada Pengarah Perkhidmatan Geosains, En. Ahmad Zulkifli Kamaruzaman. Selamat Datang diucapkan kepada Puan Nurul Faizah ke BPT.
Malaysia-Thailand Border Joint Geological Survey Working Group Meeting dan Malaysia-Thailand Border Joint Geological Survey Committee (MT-JGSC)
ALOR SETAR, 13 Ogos 2024: Telah diadakan Mesyuarat Malaysia-Thailand Border Joint Geological Survey Working Group dan Malaysia-Thailand Border Joint Geological Survey Committee (MT-JGSC) pada 13 dan 14 Ogos 2024, bertempat di Hotel StarCity, Alor Setar, Kedah.
Ramah Mesra Bersama Pesuruhjaya Tinggi Australia
KUALA LUMPUR, 30 Ogos 2024: Satu perjumpaan ramah mesra telah berlangsung bersama Pesuruhjaya Tinggi Australia di Malaysia, Pn. Danielle Heinecke dan Setiausaha Pertama, En. Sam Hussey-Smith di kediaman rasmi kedutaan, di Kuala Lumpur.
Makmal REE JMG Bertaraf Antarabangsa?
IPOH. 21 Ogos 2024: Benarkah makmal analisis REE JMG bertaraf antarabangsa? Tepuk dada, tanya minda. Apa pun, Tahniah kepada Cawangan Perkhidmatan Makmal Bahagian Perkhidmatan Teknikal, khususnya Unit Mineral Berlogam Dan Aloi kerana telah berjaya menempatkan posisi di antara 30 buah makmal terbaik di dunia di dalam analisis Unsur Nadir Bumi (REE) di dalam Program Ujian Kecekapan Wegeningen Evaluation Program for Analytical Laboratories (WEPAL).