Pemasangan Laser Ablation Untuk Analisis REE

Pemasangan Laser Ablation Untuk Analisis REE

IPOH, 18 November 2024: Hari ini telah dijalankan proses pemasangan unit baru Laser Ablation di Makmal REE Ipoh. Alat laser Ablation ini digunakan untuk analisis Unsur Nadir Bumi (REE) di makmal. Jurutera-jurutera dari Perkin Elmer Malaysia dan ESI Singapura sama-sama di dalam melaksanakan proses pemasangan ini. 

Dengan adanya alat ini, bermakna Makmal REE JMG ini maju setapak lagi kehadapan dalam usaha untuk memberikan khidmat terbaik analisis REE kepada agensi kerajaan dan swasta.

Lawatan Makmal Geokimia Kuantan ke Lynas

Lawatan Makmal Geokimia Kuantan ke Lynas

Kuantan, 3 Oktober 2024: Makmal Geokimia Kuantan telah mengadakan lawatan ke Syarikat Lynas di Gebeng Kuantan. Lawatan ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada kakitangan makmal tentang pemprosesan Unsur Nadir Bumi (REE). Para peserta diberi taklimat dan dibawa melawat ke Makmal analisis REE syarikat berkenaan.

Baca selanjutnya