Mesyuarat Penawanan Data Sistem MINGEOGIS @ MyGEMS Bil.2/2024

Mesyuarat Penawanan Data Sistem MINGEOGIS @ MyGEMS Bil.2/2024
Mesyuarat Penawanan Data Sistem MINGEOGIS @ MyGEMS Bil.2/2024
 
Mesyuarat ini adalah bertujuan untuk membincangkan dan merancang strategi penawanan data bagi tahun semasa, memastikan pengumpulan data yang tepat dan komprehensif, serta menyelaraskan usaha semua pihak yang terlibat dalam proses ini untuk mencapai sasaran yang ditetapkan.
Mesyuarat tersebut telah diadakan pada 7-9 Oktober 2024 bertempat di Copthorne Hotel, Cameron Highland Pahang.

Welcome Dinner - 60th CCOP Annual Session & 83rd CCOP Steering Committee Meeting 2024

Welcome Dinner - 60th CCOP Annual Session & 83rd CCOP Steering Committee Meeting 2024
Majlis Welcome Dinner sempena 60th CCOP Annual Session & 83rd CCOP Steering Committee Meeting 2024 telah diadakan pada 3 November 2024 di Holiday Villa Resort and Beachclub, Langkawi.
 
Sama-sama kita raikan kedatangan delegasi dari negara-negara ahli CCOP dalam suasana keindahan Langkawi sambil mengeratkan hubungan dan kerjasama serantau.

Majlis perasmian 60th CCOP Annual Session & 83rd CCOP Steering Committee Meeting 2024

Majlis perasmian 60th CCOP Annual Session & 83rd CCOP Steering Committee Meeting 2024
Majlis perasmian 60th CCOP Annual Session & 83rd CCOP Steering Committee Meeting 2024 telah berlangsung pada 4 November 2024 di ParkRoyal Resort, Langkawi, Kedah, Malaysia. Acara ini telah disempurnakan oleh Puan Norsham binti Abdul Latip, Timbalan Ketua Setiausaha (Sumber Asli), NRES.
 
Majlis ini menandakan satu pencapaian penting dalam memperkukuhkan kerjasama serantau dalam bidang geosains, dengan kehadiran delegasi dan pakar dari pelbagai negara untuk berkongsi pandangan serta membina jaringan kerjasama baharu.

Majlis makan malam bersama Ketua-Ketua Delegasi sempena 60th CCOP Annual Session & 83rd CCOP Steering Committee Meeting 2024

Majlis makan malam bersama Ketua-Ketua Delegasi sempena 60th CCOP Annual Session & 83rd CCOP Steering Committee Meeting 2024
Majlis makan malam bersama Ketua-Ketua Delegasi sempena 60th CCOP Annual Session & 83rd CCOP Steering Committee Meeting 2024 telah berlangsung dengan jayanya pada 3 November 2024 di Fish Farm Restaurant, Langkawi.
Acara ini merupakan kesempatan istimewa untuk merapatkan hubungan antara negara anggota serta membincangkan kerjasama strategik bagi masa depan industri geosains serantau. Terima kasih kepada semua yang hadir dan menjayakan pertemuan ini!

28th CCOP Select Finance Committee Meeting 2024

28th CCOP Select Finance Committee Meeting 2024
3 November 2024 - 28th CCOP Select Finance Committee Meeting 2024 telah berlangsung di Park Royal Resort, Langkawi, Kedah, Malaysia sempena Persidangan 60th CCOP Annual Session and 83rd CCOP Steering Committee Meeting 2024. Mesyuarat ini dihadiri oleh wakil-wakil dari negara anggota CCOP yang membincangkan perkara-perkara penting berkaitan pentadbiran kewangan untuk menyokong pelaksanaan aktiviti serantau dalam sektor geosains.
Kerjasama yang erat antara negara-negara anggota dan sokongan berterusan dalam sektor ini adalah penting bagi mencapai matlamat pembangunan mampan di rantau Asia-Pasifik.