*PERBINCANGAN PENGINTEGRASIAN SISTEM MAKLUMAT GEOSPATIAL MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA (MyGEMS) BERSAMA SISTEM MALAYSIA URBAN OBSERVATORY (MUO)*

*PERBINCANGAN PENGINTEGRASIAN SISTEM MAKLUMAT GEOSPATIAL MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA (MyGEMS) BERSAMA SISTEM MALAYSIA URBAN OBSERVATORY (MUO)*
PERBINCANGAN PENGINTEGRASIAN SISTEM MAKLUMAT GEOSPATIAL MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA (MyGEMS) BERSAMA SISTEM MALAYSIA URBAN OBSERVATORY (MUO)
 
9 Julai 2024 - Satu perbincangan Bersama Plan Malaysia telah diadakan bagi membincangkan pelaksanaan integrasi diantara Sistem Malaysia Urban Observatory (MUO) dan Sistem MyGEMS. Pelaksanaan integrasi ini adalah bagi meningkatkan kecekapan operasi, memudahkan akses kepada sistem serta memudahkan pengurusan data kearah yang lebih sistematik bagi menyokong matlamat jabatan dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat.

Lawatan kerja YBhg. Datuk P.Geol. Zamri b. Ramli, Ketua Pengarah JMG ke stesen telemetri air bawah tanah Langkawi

📍 Balai Bomba Padang Matsirat Langkawi.
 
Sistem telemetri ini adalah merupakan sistem yang pertama dibangunkan oleh JMG di bawah Projek Permodelan Air Bawah Tanah (PABT) Kedah.
 
PABT merupakan projek perintis JMG bagi memetakan sumber air bawah tanah secara komprehensif dengan memetakan sempadan, menilai dan menentusahkan potensi sumber air bawah tanah untuk diusahasilkan sebagai kawasan medan telaga.
 
PABT Kedah akan menyediakan inventori data yang terkini dan komprehensif bagi menyokong serta melengkapi sistem pengurusan sumber air negara secara berterusan seperti Sistem MyGEMS JMG, National Water Balance Management System (NAWABS) dan MyWater di bawah kelolaan JPS.

KURSUS 'CAPACITY BUILDING OF ENERGY RESOURCES GOVERNANCE INITIATIVE (ERGI)'

KURSUS 'CAPACITY BUILDING OF ENERGY RESOURCES GOVERNANCE INITIATIVE (ERGI)'
KURSUS 'CAPACITY BUILDING OF ENERGY RESOURCES GOVERNANCE INITIATIVE (ERGI)'
 
NEVADA, 29 Jun 2024 - Kursus 'Capasity Building of Energy Resources Governance Initiative (ERGI) telah diadakan di ERGI Academy, University of Nevada, Reno, Nevada, Amerika Syarikat. Seramai enam peserta dari Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) dan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia telah dipilih untuk menghadiri kursus tersebut.
 
Mereka ialah En. Yusari Basiran (selaku Ketua Delegasi) dan En. Salehuddin Mohamad dari ibu pejabat JMG, En. Muhammad Izani Abu Samah (NRES), En. Mahat Sibun (JMG Perak), En. Mohd Zahar Ibrahim (Bahagian Perkhidmatan Teknikal) dan Ts. Muhammad Afiq Afandi Abdul Aziz (Pusat Penyelidikan Mineral).
 
Kedatangan delegasi disambut oleh Prof. Manoj K. Mohanty, Pengarah ERGI Academy, University of Nevada. Delegasi JMG telah membentang slide mengenai perlombongan di Malaysia di dalam satu sesi pembukaan di hadapan Pengarah ERGI Academy serta beberapa penceramah lain yang dijemput.
 
Kelas pertama bermula pada hari Isnin, 1 Julai 2024 di mana ceramah telah disampaikan oleh Jurutera Perlombongan Mr. William Warfield. Delegasi juga berpeluang dibawa melawat ke bekas lombong emas terbesar di Nevada yang terletak di Victoria City.
 
Audit Ke Atas Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di Bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994

Audit Ke Atas Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di Bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994
Audit Ke Atas Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di Bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 telah diadakan pada hari ini di Ibu Pejabat Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia.
 
Pasukan Juruaudit dari Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia diketuai oleh En. Mohd Khairul Fitri bin Samsudin dan turut disertai oleh Cik Noor Aini binti Jumiran dan En. Mohd Zaidi bin Noorudin.
 
Audit ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti tahap pematuhan dan juga pelaksanaan sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di sektor perkhidmatan awam.
 
May be an image of 3 people and text
 
May be an image of 5 people, people studying, map and text
 
Mesyuarat Pengemaskinian Story Maps dan Terjemahan Portal MyGEMS

Mesyuarat Pengemaskinian Story Maps dan Terjemahan Portal MyGEMS

Mesyuarat Pengemaskinian Story Maps dan Terjemahan Portal MyGEMS

Mesyuarat Pengemaskinian Story Maps dan Terjemahan Portal MyGEMS sedang berlangsung pada 24 - 26 Jun 2024 bertempat di Avillion Admiral Cove, Port Dickson.

Mesyuarat ini diadakan dalam menambah baik sistem MyGEMS  sedia ada serta membuat terjemahan laman web.

May be an image of 13 people

Mungkin imej 16 orang