Johor Bahru, 23 - 26 Mei 2024 - Baru-baru ini JMG Johor telah terlibat dalam Sambutan Minggu Perpaduan 2024 Peringkat Kebangsaan yang telah diadakan di Padang Akasia & Begonia Angsana Johor Bahru Mall. Pelbagai aktiviti menarik dan pameran daripada Jabatan/Agensi di bawah Kementerian NRES.
PROGRAM KESIHATAN DI JMG JOHOR
Johor Bahru, 14 Mei 2024 – Jabatan Mineral & Geosains Malaysia Negeri Johor telah mengadakan satu Program Kesihatan bagi Pegawai dan Kakitangan yang berusia 40 tahun di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru. Tujuan pemeriksaan kesihatan awal boleh membantu mengesan penyakit tertentu di peringkat awal. Menjaga kesihatan perlu juga dimasukkan dalam senarai keutamaan hidup kita kerana tanpa kesihatan, kita tidak mampu melakukan banyak perkara untuk memenuhi harapan dan impian kita yang lain.
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL 4/2024 DAN MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI JMG JOHOR
Johor Bahru, 29 April 2024 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil. 04/2024 dan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri JMG Johor telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru. Majlis telah dipengerusikan oleh Puan Arda Anasha binti Jamil diikuti dengan bacaan doa oleh Encik Muhammad Harith bin Hamdan dan bacaan ikrar oleh Encik Mohd Shazwan Zainie bin Jainal.
PROGRAM MEMBACA SELAMA 10 MINIT
Johor Bahru, 23 April 2024 - JMG Johor telah menjayakan Program membaca selama 10 minit dengan tema 'Baca dan Bahagia' 'Pembacaan Melestarikan Perpaduan' yang berlangsung pada pukul 11 pagi. Program ini dijalankan serentak di seluruh negara oleh Perpustakaan Negara Malaysia. Program ini dimulai dengan langkah awal selama 10 minit sebagai tanda komitmen semua pihak terhadap kepentingan membaca dalam kehidupan.
MESYUARAT TEKNIKAL PASCA BANJIR DI TAMAN NEGARA JOHOR (TNJ) ENDAU-ROMPIN
Iskandar Puteri, 19 Mac 2024 - Mesyuarat Teknikal Pasca Banjir di Taman Negara Johor (TNJ) Endau-Rompin telah diadakan di pejabat Perbadanan Taman Negara Johor, Iskandar Puteri. Mesyuarat dipengerusikan oleh Encik Taufik b. Bahar Pengarah PBNJ dan dihadiri oleh wakil agensi teknikal seperti JMG, JKR ,UTM, UTHM, Pegawai Daerah Mersing dan Pegawai Daerah Segamat.