Mersing, 12 Mei 2016 - Telah berlangsung Majlis Perasmian dan Penyerahan Sistem Rawatan Air Tanah di Kampung Duku, Pulau Sibu, Mersing yang disempurnakan oleh YB Datuk Ir Haji Hamim bin Samuri, Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar. Antara yang turut serta dalam majlis ini ialah Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Ketua Pengarah Jabatan Taman Laut Malaysia, Penghulu Mersing, wakil Pegawai Daerah Mersing dan Ketua Kampung Kampung Duku.
LATIHAN PENGEPAMAN DAN PENYELENGGARAAN TELAGA GAMBUT UNTUK PROGRAM PENCEGAHAN KEBAKARAN DAN PENGURUSAN KAWASAN GAMBUT YANG SERING TERBAKAR DI KOTA TINGGI, JOHOR
Kota Tinggi, 25 April 2016 - Jabatan Mineral dan Geosains Johor telah bekerjasama dengan Jabatan Alam Sekitar untuk menyediakan beberapa telaga dalam batuan keras yang bertujuan untuk digunakan bagi membekalkan air untuk memadamkan kebakaran kawasan gambut terutamanya semasa musim kemarau. Kawasan gambut yang sering terbakar akan menghasilkan jerebu yang mencemar alam sekitar.
HARI KELUARGA JMG JOHOR 2016
Mersing, 1 April 2016 – Sambutan Hari Keluarga anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan JMG Johor telah diadakan dengan meriah dan jayanya pada 1 – 2 April 2016 bertempat di Penyabong Warisan Resort, Penyabong, Mersing, Johor.
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMG JOHOR FEBRUARI 2016
Johor Bahru, 29 Februari 2016 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 2/2016 Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Johor telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru.
Berikut dikepilkan laporan berkenaan Majlis Perhimpunan Bulanan JMG Johor Februari 2016 untuk rujukan dan makluman semua.
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMG JOHOR JANUARI 2016
Johor Bahru, 14 Januari 2016 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 1/2016 Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Johor telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru.
Berikut dikepilkan laporan berkenaan Majlis Perhimpunan Bulanan JMG Johor Januari 2016 untuk rujukan dan makluman semua.