Chaah, 21 September 2023 - Baru-baru ini, Jawatankuasa Sumber Mineral dan Geosains Malaysia telah mengadakan lawatan ke Lombong Honest Sam di Chaah, Johor. Seramai 20 orang ahli JKSM JMG telah terlibat dengan lawatan ini. Ahli terdiri daripada Pengarah dan Timbalan Pengarah Cawangan Ekonomi Mineral JMG Malaysia, semua Timbalan Pengarah Sumber Mineral Negeri JMG Malaysia dan Ketua-ketua projek Sumber Mineral Negeri JMG Malaysia. Mereka semua telah diberi taklimat dan lawatan mengenai kaedah melombong bawah tanah di sekitar lombong Honest Sam.
KUNJUNG HORMAT KE KOMPLEKS IMPORT EKSPORT JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA PELABUHAN PASIR GUDANG
Johor Bahru, 20 September 2023 - Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Johor telah mengadakan satu lawatan kunjungan hormat ke Kompleks Import Eksport Jabatan Kastam Diraja Malaysia di Pelabuhan Johor, Pasir Gudang.
MESYUARAT JAWATANKUASA SUMBER MINERAL JMG MALAYSIA BIL 2/2023
Johor Bahru, 19 September 2023 - Mesyuarat Jawatankuasa Sumber Mineral JMG Malaysia Bil 2/2023 telah diadakan di Hotel Impiana, Senai Johor Bahru. Mesyuarat telah dihadiri oleh Pengarah dan Timbalan Pengarah Cawangan Ekonomi Mineral JMG, kesemua Timbalan Pengarah Sumber Mineral Negeri bersekali dengan ketua-ketua projek Sumber Mineral JMG. Mesyuarat ini diadakan untuk membincangkan projek-projek dan isu semasa berkaitan aktiviti sumber mineral JMG di setiap negeri.
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL 8/2023
Johor Bahru, 20 Ogos 2023 - Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 8/2023 JMG Johor dan telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru. Majlis telah dipengerusikan oleh En. Muhammad Amirul b. Ma'arof diikuti dengan bacaan doa oleh En. Mohd Shazwan Zainie b. Jamal dan bacaan ikrar oleh En. Mohd Razman b. Yusop. Perutusan pengarah telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah Sumber Mineral, Dr. Sia Say Gee. Majlis diteruskan dengan sesi perkenalan kakitangan baru iaitu Cik Nurun Niswa Binti Samsol Bari dan Puan Siti Nur Idyani Binti Yahaya.
PROGRAM TOWARDS GEOTOURISM BENGKEL PENGENALAN GEOPELANCONGAN
Kota Tinggi, 13 - 15 Ogos 2023 - Kementerian Pelancongan Seni Dan Budaya Malaysia (MOTAC) Cawangan Johor dengan kerjasama Koperasi Sinar Tanjung Balau (KSTB) telah mengadakan satu program iaitu “TOWARDS GEOTOURISM: BENGKEL PENGENALAN GEOPELANCONGAN DI KOTA TINGGI, JOHOR” sebagai satu bentuk inisiatif yang diketengahkan bagi memperkasa keupayaan komuniti dalam membangun dan mengurus produk-produk Geopelancongan di Kota Tinggi, Johor.