Johor Bahru, 13 Disember 2020 – YBhg Datuk KP JMG, Datuk Shahar Effendi bin Abdullah Azizi telah mengadakan lawatan ke JMG Johor bagi program jelajah ke setiap pejabat JMG seluruh Malaysia sempena persaraan beliau yang akan menjelang pada awal bulan Januari tahun 2021. Bagaikan sireh pulang ke gagang, YBhg Datuk telah mengungkap kembali kenangan sewaktu beliau berkhidmat sebagai Pengarah di JMG Johor selama 5 tahun mulai 2009 hingga 2014 dimana ketika itu semua warga JMG Johor bekerja sebagai satu pasukan yang betul-betul mantap dan hubungan sesama kakitangan, tidak kira pangkat adalah amat erat sekali. Untuk pengetahuan, Datuk KP telah berkhidmat dengan kerajaan selama 36 tahun 2 bulan 12 hari dengan jawatan sebagai Pegawai Galian.
PROGRAM SEKAMPIT BERAS SEBAKUL MAKANAN
Johor Bahru, 10 Disember 2020 – Baru-baru ini, Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan JMG Johor pada masa PKPB (Perintah Kawalan Pergerakkan Bersyarat) akibat penularan virus Covid- 19 yang menyerang seluruh dunia termasuk negara kita Malaysia baru-baru ini telah menganjurkan ‘Projek Sekampit Beras 2’ yang diilhamkan oleh Yang Dipertua Kelab dan Pengarah JMG Johor Tuan Hj. Kamaruddan b. Abdullah.
JMG JOHOR BERJAYA MELENGKAPKAN 100% PEMBANCIAN e-CENSUS
Johor Bahru, 01 Disember 2020 - Sekalung tahniah diucapkan kepada JMG Johor kerana telah berjaya melengkapkan 100% pembancian e-Cencus. e-Cencus merupakan mod pembancian yang memerlukan pengisian sendiri oleh responden secara online melalui pautan yang disediakan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia dimana tujuan utamanya ialah untuk mengumpul stok dan profil penduduk dan perumahan.
KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH MARITIM WILAYAH SELATAN KE JMG JOHOR
Johor Bahru, 23 November 2020 - Baru-baru ini, Pengarah MARITIM Wilayah Selatan Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam bin Zakaria telah mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Johor. Turut serta dalam kunjungan ini ialah Kapten Maritim Simon Templer Lo Ak Tusa Timbalan Pengarah (Operasi), Puan Irmawati binti Ismail Timbalan Pengarah (Pengurusan) dan Leftenan Madya Maritim Syahrul Hisham Axli Putera bin Hamzah Pegawai Komunikasi Korporat.
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL 8/2020 DAN MAJLIS HARI INOVASI JMG JOHOR
Johor Bahru, 15 November 2020 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 8/2020 dan Majlis Hari Inovasi telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru.