KAJIAN GEOFIZIK DI KAMPUNG SAGIL PARIT 2, KOLAM AIR PANAS GERSIK DAN KAMPUNG MELEPANG BUKIT GAMBIR

muka depan kajian geofizik gersik 2018

Muar, 9 Februari 2018 - JMG Johor dan Bahagian Perkhidmatan Teknikal (BPT) telah mengadakan kajian geofizik bagi menentukan kawasan bawah tanah dan kawasan yang sesuai untuk dijadikan titik penggerudian. Kajian ini melibatkan tiga kawasan iaitu Kampung Sagil Parit 2, Kolam Air Panas Gersik dan Kampung Melepang Bukit Gambir. Kajian ini bermula pada 16 hingga 30 Januari 2018 dan disambung 9 hingga 13 Februari 2018.

Baca selanjutnya

TAKLIMAT DAN PERBINCANGAN BERHUBUNG PENUBUHAN GEOPARK MERSING

muka depan taklimat  berhubung penubuhan geopark Mersing 2018

Iskandar Puteri, 12 Februari 2018 - Satu sesi taklimat dan perbincangan berhubung penubuhan Mersing Geopark telah diadakan bagi mengangkat idea penubuhan geopark ini ke dalam MMK Johor dalam masa terdekat. Taklimat dipengerusikan oleh Tuan Haji Ahmad Nazir bin Haji Mohd Nasir, Setiausaha Bahagian Unit Perancang Ekonomi Negeri Johor. Hadir sama dalam taklimat ini adalah ahli Jawatankuasa Saintifik iaitu Prof. Dato’ Dr. Ibrahim Komoo (Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Geopark Kebangsaan), Prof. Dr. Che Aziz Ali (UKM/PPL), Prof. Dr. Norhayati Ahmad (UKM/PPL), Prof. Dr. Edy Tonnizam Mohamad- Geotropik UTM, Tuan Hj Noorazhar B. Ngatimin (JMG Johor) dan Cik Nur Syahidatul Zubaida (JMG Johor). Beberapa agensi berkepentingan lain seperti wakil Pegawai Daerah Mersing, Jabatan Alam Sekitar Johor dan Perbadanan Taman Negara Johor turut hadir dalam sesi ini.

Baca selanjutnya

LAWATAN TAPAK KAJIAN POTENSI EMAS DI HUTAN SIMPAN GUNUNG ARONG

muka depan kajian emas 2018

Mersing, 4 Februari 2018 - Satu pasukan dari Unit Sumber Mineral JMG Johor telah mengadakan satu survei untuk mengenalpasti kawasan berpotensi untuk kajian persampelan potensi pemineralan emas di daerah Mersing. Kawasan survey tersebut melibatkan kawasan sungai Jamari dan hutan rekreasi Gunung Arong. Antara aktiviti yang dilakukan termasuk persampelan konsentrat dan pemetaan geologi. 

Baca selanjutnya