Johor Bahru, 20 Mac 2014 - Satu lawatan kunjungan hormat telah dibuat oleh Tuan Haji Shahar Effendi bin Abdullah Azizi, Pengarah JMG Johor untuk bertemu dengan DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar di Istana Pasir Pelangi.
Program Penempatan Kakitangan JMG Johor Di Lombong Besi Chaah
Batu Pahat, 1 April 2014 – Program ini dilaksanakan adalah lanjutan daripada kerjasama teknikal yang terjalin antara JMG Johor dan lombong besi Chaah bagi melaksanakan kerja-kerja penggerudian besi untuk menilai jumlah rizab dan gred besi di lombong berkenaan. Program yang dianjurkan oleh Unit Sumber Mineral JMG Johor dihadiri oleh 10 orang peserta dan 4 orang fasilitator.
Taklimat Dan Pameran Hidrogeologi Di Kem Pemimpin Muda Prihatin Air Peringkat Kebangsaan (Zon Selatan) 2014
Pekan Nenas, 23 April 2014 – Pihak JMG Johor telah dijemput untuk menjadi fasilitator dalam Kem Pemimpin Muda Prihatin Air Peringkat Kebangsaan (Zon Selatan) 2014 yang dianjurkan oleh Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dan UNESCO-IHP Malaysia. Kem ini telah diadakan di Kem Kaizen Gunung Pulai, Johor.
Perhimpunan Bulanan JMG Johor Februari 2014
Perhimpunan bulanan bilangan 2/2014 telah diadakan pada 20 Februari 2014 bertempat di Bilik Mesyuarat Kuarza JMG Johor. Semasa perhimpunan bulanan kali ini, dua orang warga JMG Johor telah diraikan sempena persaraan dan perpindahan. Bicara AKRAB memenuhi slot penyampaian taklimat semasa perhimpunan bulan Februari 2014. Penyampaian cenderamata kepada beberapa ahli Kelab Sukan dan Kebajikan JMG Johor juga turut diadakan.
Kursus Penggerudian Besi Di Lombong Besi Chaah
Batu Pahat, 18 Disember 2013 – Unit Sumber Mineral JMG Johor telah menganjurkan kursus yang dirancang khusus bagi menangani masalah tidak cukup kursus bagi kakitangan JMG Johor dalam menghadiri kursus 7 hari dalam setahun bertempat di Lombong Besi Chaah.