Parit Sulong, 23 September 2020 – Baru-baru ini, YBhg Datuk KP JMG Malaysia Datuk Shahar Effendi bin Abdullah Azizi telah mengadakan lawatan kerja ke Bukit Payong di Parit Sulong, Batu Pahat bagi meninjau kawasan tersebut yang dicalonkan sebagai tapak warisan geologi kebangsaan. Turut hadir sama dalam lawatan tersebut ialah YBhg. Prof. Dato' Dr. Ibrahim Komoo selaku Pengerusi Majlis Warisan Kebangsaan, pihak UKM, Yayasan Warisan Johor dan pegawai-pegawai daripada JMG Johor.
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMG JOHOR BIL 6/2020 DAN TAKLIMAT GEOLOGI WARISAN NEGERI JOHOR
Johor Bahru, 20 September 2020 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 6/2020 dan taklimat mengenai geologi warisan di negeri Johor telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru.
SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA
Pengarah dan warga Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Johor mengucapkan Selamat Menyambut Hari Malaysia 2020 kepada semua warga JMG Malaysia dan pelanggan jabatan. Sambutan Hari Malaysia yang diraikan setiap 16 September merupakan lambang perpaduan seluruh rakyat Malaysia dengan tema "Malaysia Prihatin".
JMG JOHOR MEMPROMOSIKAN "MERSING GEOPARK" DI LENGGONG, PERAK
Lenggong, Perak, 06 September 2020 – Baru-baru ini, JMG Johor telah terlibat dengan Seminar Aspirasi Lenggong Geopark yang telah diadakan di Dewan Merdeka, Lenggong sebagai peserta dalam mempamerkan pameran berkenaan Geopark negeri masing-masing. Penganjuran seminar ini telah dirasmikan oleh YB Menteri KeTSA iaitu Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
TAKLIMAT BERSAMA PELAJAR LATIHAN INDUSTRI USM
Johor Bahru, 03 September 2020 - Satu sesi pembentangan dan persembahan oleh pelajar IPTA daripada USM yang sedang menjalani latihan industri untuk tempoh 2 bulan telah diadakan di JMG Johor baru-baru ini. Pelajar itu, Encik Andrew A/L Seman dan Cik Logatharshini A/P Segeran telah ditempatkan di Unit Sumber Mineral dibawah seliaan En. Yusari bin Basiran. Tujuan latihan industri ini diadakan adalah untuk mendedahkan pelajar-pelajar kepada proses kerja sebenar di JMG Johor termasuk kerja lapangan seperti aktiviti hidrogeologi, pemetaan geologi dan geologi kejuruteraan.