Pengarah dan warga Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Johor mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan yang ke-63 kepada semua warga JMG Malaysia dan pelanggan jabatan. Marilah kita semua mengucapkan kensyukuran di atas nikmat kebebasan dan kemerdekaan yang telah kita kecapi selama ini serta berganding bahu menyemarakkan ikatan perpaduan sesama kita.
SALAM MAAL HIJRAH 1442H
Pengarah dan warga Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Johor mengucapkan selamat menyambut Maal Hijrah 1442H kepada semua warga JMG Malaysia dan pelanggan jabatan. Semoga tahun hijrah yang baharu ini dapat membawa sinar kejayaan yang lebih baik kepada seluruh umat Islam berbanding tahun sebelum ini disamping memasang azam dan iltizam untuk berusaha dengan lebih kuat di tahun baharu ini.
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMG JOHOR BIL 5/2020 DAN PROGRAM PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN
Johor Bahru, 17 Ogos 2020 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 5/2020 dan Program Pelancaran Bulan Kemerdekaan bagi tahun 2020 Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Johor telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru.
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 2020 (1441H)
KUNJUNG HORMAT PENGARAH JMG JOHOR KE PEJABAT PENGARAH PTG JOHOR
Iskandar Puteri, 20 Julai 2020 – Tuan Pengarah Haji Kamaruddan bin Abdullah telah membuat kunjungan hormat kepada YB Dato’ Haji Mohammed Ridha bin Dato’ Haji Abd. Kadir Pegarah PTG Johor di pejabatnya baru-baru ini.