Hubei, China - Pada tanggal 17 hingga 21 Julai 2017, penulis telah berkesempatan mengunjungi Negara Tembok Besar China kerana mewakili JMG Malaysia dalam ‘The Seminar On Geological Coorperation For The Countries On The Maritime Silk Road’ di Wuhan, China.
Pada tarikh 20 Julai 2017, pihak penganjur ‘Geological Survey of China’ telah membawa para peserta ke ‘The Three Gorges Dam’, Hubei salah satu mega projek di China.
Cadangan pembinaan empangan ini telah dicetuskan oleh Dr Sun Yat Sen dan akhirnya selepas hampir seabad, cadangan ini berjaya direalisasikan. Sepanjang tempoh 86 tahun itu, variasi kehidupan dipaparkan. Semangat, kecekalan dan keberanian kepimpinan terserlah. Tentangan, perdebatan, suka duka dan tangis mewarnai proses pembinaannya dan semua ini kini menjadi sejarah yang dikenang dan dikagumi.
Empangan besar dengan air ditakung sebanyak 39.3bilion m3 telah menenggelamkan kawasan sehingga 28 ribu hektar tanah dan lebih sejuta penduduk dipindahkan ke penempatan baru.
Kini ia menjadi kebanggaan China membuktikan keinginan dan keazaman yang tinggi dengan dibantu kemajuan teknologi, suatu yang dianggap mustahil berjaya direalisasikan. Hanya mereka yang berani dan cekal akan mengecapi kejayaan.
https://blog.jmg.gov.my/jmg-johor/the-three-gorges-dam#sigProId9c51a2b0bf