Johor Bahru, 22 Februari 2016 – Pusat latihan dan pembelajaran Kun Kwan Sdn. Bhd. telah mengadakan satu program ‘Free Workplace Basic Mandarin Class’ bertempat di Bilik Mesyuarat Kuarza Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Johor khas untuk mengajar asas-asas dalam Bahasa Mandarin.
JMG JOHOR JUARA PERTANDINGAN BOWLING ANTARA PENYEWA DAN TH SEMPENA ‘MYTENANT’ TAHUN 2016 ZON SELATAN BAHAGIAN PEMASARAN DAN PENYEWAAN
Johor Bahru, 27 Februari 2016 – Bahagian Pemasaran dan Penyewaan (BPP) TH telah mengadakan program 'MyTenant' Zon Selatan tahun 2016 bagi menghargai sokongan dan kesetiaan penyewa-penyewa kepada pengurusan TH. Sehubungan dengan itu Bahagian Pemasaran dan Penyewaan (BPP) TH telah menganjurkan pertandingan bowling antara penyewa dan TH. Pertandingan telah diadakan di Lite Superbowl Jb, Danga City Mall, Johor Bahru, Johor.
TAKLIMAT DAN LAWATAN TAPAK PROGRAM PEMBANGUNAN SUMBER ALAM DI KAWASAN TAMAN NEGARA ENDAU-ROMPIN, JOHOR
Mersing, 24 Januari 2016 – Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Johor dengan kerjasama pasukan dari Solar Energy Research Institute (SERI) Universiti Kebangsaan Malaysia telah mengadakan Program pembangunan Sumber Alam di kawasan Taman Negara Endau Rompin, Johor (Sungai Jasin – Kg. Peta). Tujuan program ini diadakan adalah untuk membuat kajian awalan cadangan membangunkan sistem teknologi solar di kawasan tersebut.
Majlis Hari Inovasi JMG Johor
Johor Bahru, 11 November 2015 – Hari Inovasi JMG Johor telah diadakan bersekali dengan Perhimpunan bulanan JMG Johor bilangan 10/2015 di Bilik Mesyuarat Kuarza.
Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang JMG Johor
Johor Bahru, 15 Jun 2015 – Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Amanat Persaraan Ketua Pengarah JMG Malaysia telah diadakan bersekali dengan Perhimpunan bulanan JMG Johor bilangan 5/2015 di Hotel Selesa.