Muar, 2 Disember 2013 - Majlis Perasmian Dan Penyerahan Telaga Air Bawah Tanah telah dirasmikan oleh Y.B Tuan Hj. Ismail bin Mohamed, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Bukit Serampang Merangkap EXCO Pertanian dan Industri AsasTani Johor. Majlis Perasmian ini telah dihadiri oleh Dato’ Yunus bin Abdul Razak (Ketua Pengarah JMG Malaysia), Tn. Hj. Hatta bin Abdul Karim (TKP KEM) dan Penghulu Mukim Bukit Kepong sebagai dif kehormat. Manakala Timbalan Pengarah Geosains JMG Johor, En. Nizarulikram Abdul Rahim telah mewakili Pengarah JMG Johor di majlis berkenaan.
The 9th International Conference of Geotchnical & Transportation Engineering (Geotropika) and the 1st International Conference on Construction and Building Engineering (Iconbuild)
Johor Bahru, 28 October 2013 - The 9th International Conference of Geotechnical & Transportation Engineering (Geotropika) and The 1st International Conference on Construction and Building Engineering (Iconbuild) has been successfully conducted on 28-30 October 2013 at Persada Johor International Convention Centre.
Lawatan Kunjungan Hormat Pengarah JMG Johor Ke Pejabat YAB Menteri Besar Negeri Johor
Nusajaya, Johor - Pada 12 Disember 2013, satu lawatan kunjungan hormat telah dibuat oleh Tuan Haji Shahar Effendi bin Abdullah Azizi, Pengarah JMG Johor dengan YAB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin, Menteri Besar Johor di pejabat beliau di Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad, Kota Iskandar.
Pengurniaan Darjah Setia Mahkota Johor (SMJ) kepada Pengarah JMG Johor oleh DYMM Sultan Johor
Muar, 23 November 2013 - Sempena Menyambut Ulangtahun Keputeraan DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar ke-55, Pengarah JMG Johor Tuan Haji Shahar Effendi bin Abdullah Azizi telah dikurniakan oleh DYMM Baginda Tuanku dengan Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Ketiga Setia Mahkota Johor (S.M.J) di dalam Istiadat penganugerahan darjah kebesaran dan pingat yang telah diadakan di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Muar, Johor.
Tengku Panglima Diraja Selangor Ketuai 407 Penerima Anugerah Kebesaran Johor
MUAR : Tengku Panglima Diraja Selangor Tengku Sulaiman Shah Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah mengetuai senarai 407 penerima anugerah darjah kebesaran dan pingat sempena ulang tahun ke-55 Hari Keputeraan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. Beliau dikurniakan Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Pertama (DKI).