MAJLIS PERTUKARAN TUAN PENGARAH JMGKPP

MAJLIS PERTUKARAN TUAN PENGARAH JMGKPP

ALOR SETAR, 27ย Januari 2022 - Warga JMG Kedah / Perlis / Pulau Pinang mengucapkan selamat maju jaya dan selamat bertugas di tempat baharu buat Pengarah, En. Abdullah bin Hj. Sulaiman bermula pada 7 Februari 2022.

Berikutan itu, satu Majlis Penghargaanย bersempena Pertukaran Tuan Pengarah JMGKPP telah dianjurkan bersekali dengan Majlis Perhimpunan Bulanan Bil.1/2022 di Bilik Delima JMGKPP.

Dalam Majlis tersebut, Tuan Pengarah menerima ucapan penghargaan dan cenderamata kenangan daripada wakil-wakil unit dan kakitangan JMGKPP. Selain itu, penyerahan nota serah tugas kepada Timbalan Pengarah (Geosains), En. Azizan Ali turut diadakan di mana beliau akan memangku tugas sebagai Pengarah JMGKPP nanti.