SULTAN KEDAH BERKENAN MENDENGAR TAKLIMAT BENCANA GEOLOGI DARIPADA PENGARAH JMGKPP

SULTAN KEDAH BERKENAN MENDENGAR TAKLIMAT BENCANA GEOLOGI DARIPADA PENGARAH JMGKPP

YAN, 16 September 2021 - Duli Yang Teramat Mulia Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Salehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah berkenan mendengar taklimat bencana geologi tanah runtuh dan aliran puing yang disampaikan oleh Pengarah JMGKPP, En. Abdullah bin Hj. Sulaiman.

Dalam majlis yang dikelolakan oleh Pejabat Daerah Yan, bagindaย selepas ituย mencemar duli melawat kawasan bencana di Pusat Rekreasi Titi Hayun bagi melihat sendiri kerosakan yang berlaku di sekitar kawasan tersebut.

Terdahulu, Tuan Pengarah JMGKPP juga berpeluang memberikan taklimat kejadian bencana geologi kepada Tunku Temenggong Kedah, Brigadier Jeneral Dato' Seri Diraja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Ibni Almarhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah pada 13 September 2021 di Titi Hayun.

Baginda yang merupakan Pengerusi Kebangsaan Bulan Sabit Merah bersama delegasi Bulan Sabit Merah Kebangsaan turut dibawa meninjau kawasan bencana di sekitar Titi Hayun.

Written by : afif