KOTA BHARU, 21 November 2012 - Satu taklimat mengenai permodelan lembagan Kelantan telah diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat Felspar, JMG Kelantan. Taklimat disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Ismail Yusof dari Universiti Malaya mewakili Syarikat NWN Sdn. Bhd yang telah dilantik untuk menjalankan kajian tersebut di bawah Aktiviti Hidrogeologi. Kandungan taklimat adalah berkisar kepada hasil kajian yang telah dijalankan oleh pihak kontraktor menggunakan aplikasi perisian Groundwater Vista Version 5.0.
Sambutan Hari IT Bil 4/2012 JMG Kelantan
31 Oktober 2012 (Rabu) - Tepat jam 9.40 pagi Sambutan Hari IT JMG Kelantan Bil 4/2012 telah diadakan di bilik Mesyuarat Feldspar tingkat 9, Jabatan Mineral Dan Geosains. Hari IT JMG Kelantan kali ini disampaikan oleh Encik Ahmad Rosli Bin Othman, Pegawai Kajibumi (C41) dengan tajuk "Penentuan Lokasi Dalam ArcGIS Untuk Ulasan OSC" dengan dua (2) kaedah iaitu Kaedah menukarkan data GPS Garmin (MapSource) kepada shapefile (ArcGIS) dan Kaedah menentukan titik koordinat Cassini dalam ArcGIS.
SAMBUTAN HARI IT BIL 4/2012 JMG KELANTAN
31 OKTOBER 2012 (RABU) - Tepat jam 9.40 pagi Sambutan Hari IT JMG Kelantan Bil 4/2012 telah diadakan di bilik Mesyuarat Feldspar tingkat 9, Jabatan Mineral Dan Geosains. Hari IT JMG Kelantan kali ini disampaikan oleh Encik Ahmad Rosli Bin Othman, Pegawai Kajibumi (C41) dengan tajuk "Penentuan Lokasi Dalam ArcGIS Untuk Ulasan OSC" dengan dua (2) kaedah iaitu
Kaedah menukarkan data GPS Garmin (MapSource) kepada shapefile (ArcGIS) dan
Kaedah menentukan titik koordinat Cassini dalam ArcGIS.
Sambutan kali ini turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah Lombong & Kuari, KUPM sebagai pengerusi Majlis, Pegawai-pegawai, dan kakitangan teknikal serta tidak ketinggalan juga kakitangan pentadbiran. Selain bagi menambahkan jumlah hari berkursus, sambutan ini juga dapat memberi ilmu pengetahuan dan memberi pendedahan tentang kerja-kerja pemindahan data dari GPS yang dicerap semasa melakukan sebarang rintisan/perjalanan. Kaedah ini juga dapat memberikan jajaran baru yang tidak terdapat dalam peta topografi.
Terima kasih diucapkan kepada Unit Pengurusan Maklumat kerana telah berjaya mengadakan hari IT yang terakhir bagi tahun 2012. Dan kalungan terima kasih juga kepada kakitangan yang menghadirkan diri bagi menjayakan Sambutan Hari IT JMG Kelantan Bil 4/2012.

Majlis Hari Raya & Menyambut Pengarah Baharu JMG Kelantan
Pada 3 September 2012, JMG Kelantan telah mengadakan Majlis Hari Raya Aidilfitri 1433H & Menyambut Pengarah baharu JMG Kelantan, Tn. Hj. Ibrahim Amnan. Berbagai juadah disediakan. Majlis dimulakan dengan bacaan doa, ucapan Tuan Pengarah dan diakhiri dengan jamuan makan sambil diiringi lagu-lagu raya. Selamat datang diucapkan kepada Pengarah baharu dan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat di dalam menjayakan majlis ini. Semoga Allah memberkatinya.