Lawatan Pengarah-pengarah JMG Malaysia

Lawatan Pengarah-pengarah JMG Malaysia

17 Februari 2022 (Khamis)

 Sempena Mesyuarat Pengarah-pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia di Kelantan,JMG Kelantan telah menganjurkan sebuah lawatan bagi memperkenalkan lagi keunikan Negeri Kelantan.

Antara tempat-tempat yang dilawati ialah Rumah Atap Singgora,Masjid Ar-Rahman,Denai Kampung  Tengah dan Rumah Melayu Tradisional Kelantan.

Kilang Atap Singgora

Lokasi : Bachok,Kelantan

Pengusaha : Puan Noraini binti Jusoh

Kilang Atap Singgora merupakan pengusaha terakhir atap singgora di Malaysia,iaitu sebuah sunset industri yang menghasilkan produk yang unik. Atap singgora diperbuat daripada tanah liat pada awal tahun 60an. Proses pembuatan atap ini mengambil tempoh lama iaitu sehingga 3 bulan.

Untuk makluman juga,pengusaha kilang ini pernah menerima Anugerah Adiguru Kraf 2021 daripada Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia.

 Masjid Ar-Rahman

Lokasi : Kampung Pulau Gajah,Sabak.Kelantan

Masjid Ar-Rahman adalah sebuah masjid yang dibina pada awal tahun 2016. Ia dibina menggunakan kayu dengan menerapkan hiasan binaan dari 4 buah negara luar iaitu,Indonesia,Maghribi,Yaman dan Turki. Pembinaan ini diadaptasikan dari seni tumpang sari daripada jawa dan menggunakan pengukir dari Jepara,Indonesia. Lebih 90% ukiran tangan diukur pada masjid dan separuhnya adalah ayat Al-Quran.

Denai Kampung Pulau Tengah

Lokasi : Kampung Pulau Tengah,Kelantan

Denai Sungai Pangkalan Datu,Kubang Kerian adalah antara projek Denai Sungai Kebangsaan (DSK) dan merupakan tarikan terbaru di negeri Kelantan. Aktiviti utama denai ini ialah menyusuri sungai bermula dari jeti Pangkalan Datu hingga ke Masjid Ar-Rahman,Pulai Gajah dan memakan masa selama hampir 90 minit.Berbagai aktiviti dapat dilakukan sepanjang denai ini,contohnya berbasikal,berkelah dan berjongging.

 Rumah Melayu Singgora

Lokasi : Kampung Air Deras Pasir Hor.Kelantan

Pengusaha : Mohamad Salleh

                Rumah Melayu Singgora merupakan rumah traditional yang menggabungkan seni bina Kelantan dan Terengganu. Ianya terletak lebih kurang 4km dari bandar Kota Bharu  dan 10km dari Sungai Lubok Mulong. Uniknya rumah ini.Ianya dibina daripada kayu cengal lama dan juga menggunakan atap singgora. Rumah ini juga dijadikan Singgora Homestay bagi pengunjung yang ingin menginap dan menikmati suasana kampung serta juadah tradisi masyarakat Kelantan.

 

MAJLIS JASAMU DIKENANG

MAJLIS JASAMU DIKENANG

15 Februari 2022 (Selasa)

JMG Kelantan telah mengadakan Majlis Jasamu Dikenang bertempat di Hotel Grand Renai,Kota Bharu Kelantan pada jam 8.00 malam.

Majlis ini adalah bersempena dengan persaraan Tuan Haji Che Rahman bin Jaafar (Pengarah JMG Kelantan) dan Encik Hilary Muyan Nicholas Thomas (Pengarah JMG Sarawak).

Bagi menghargai kedua-kedua pengarah,JMG Malaysia telah berbesar hati memberi cenderahati dan telah disampaikan oleh Ketua Pengarah JMG Malaysia,Tuan Haji Hisamuddin bin Termidi.

Sambil menjamu selera,majlis dimeriahkan lagi dengan persembahan nyanyian lagu-lagu Negeri Kelantan oleh penyanyi dari Negeri Kelantan yang dikenali sebagai Fendi Kenali dan Din Manja.

 “Selamat Bersara Tuan Haji Che Rahman bin Jaafar dan Tuan Hilary Muyan Nicholas Thomas”

Terima kasih diatas segala jasa selama berada dalam perkhidmatan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia.

PERLAWANAN KAROM PERSAHABATAN

PERLAWANAN KAROM PERSAHABATAN

20 Januari 2022 (Rabu)

Kelab Sukan dan Kebajikan Jabatan Mineral dan Geosains Kelantan telah mengadakan perlawanan karom persahabatan antara JMG Kelantan dan PPNK (Pejabat Pembangunan Negeri Kelantan).

Perlawanan yang diadakan bertempat di Pejabat Pembangunan Negeri Kelantan.

Keputusan telah menyebelahi JMG dengan mata 4-2.

Cenderahati telah disampaikan oleh Tuan Timbalan Pengarah PPNK iaitu Encik Dick Khuzairiry bin Mohamad.

Persaraan dan Pertukaran Kakitangan JMG Kelantan

Persaraan dan Pertukaran Kakitangan JMG Kelantan

KOTA BHARU, KELANTAN 18 Jun 2020 (Khamis) – JMG Kelantan telah mengadakan majlis perpisahan bagi meraikan persaraan dan pertukaran kakitangan JMG Kelantan Iaitu En Mohd Noor bin Jusoh Gred C26, bersara pada 13 Januari2020, En Nordin bin Safaai gred C22 H14, bersara pada 14 Mei 2020 dan En Mohd Apendi bin Yusof gred H14, bersara pada 12 Jun 2020) manakala En Muhammad Nur Hafiz bin Ali gred C22 bertukar pada 23 April 2020 ke JMG Selangor/W.Persekutuan

 

View the embedded image gallery online at:
https://blog.jmg.gov.my/jmg-kelantan?start=20#sigProId82b1dd894a