Dungun, 12 Februari 2018 – Mesyuarat bersama diantara JMG Terengganu dan Pengerusi J3K Kg. Jongok Batu telah berlangsung bagi membincangkan tentang program perasmian telaga tiub dan sistem penapisan bekalan air kepada penduduk kampung. Mesyuarat ini yang diketuai oleh En. Hamlee Ismail (KUGS) turut dihadiri oleh En. Azemi Hj Eki (pengarah), En. Norzuhairil Zubir (PGS-SAT) dan Cik Nor Azrah Mat Atan(PGS-PG). Cadangan penganjuran majlis ini akan dilaksanakan pada bulan Mac akan datang
Aktiviti KESMiG : Lawatan ke Haadyai, Thailand
Seremban, 13 Januari 2018 – Biro Sukan dan Rekreasi, Kelab Sukan dan Kebajikan JMGNSM (KESMiG) telah menganjurkan aktiviti percutian ke Hat Yai, Thailand. Proram percutian ini dijalankan dari 12 hingga 15 haribulan Januari 2018. Seramai tujuh (7) orang ahli kelab telah mengikuti rombongan ini menggunakan kenderaan pengangkutan awam di samping menyahut seruan kerajaan.
PERBINCANGAN MENGENAI PROJEK R&D TEKNOLOGI HIJAU BAGI PEMULIHAN TANAH LOMBONG DI BUKIT BESI.
Dungun, 5 Februari 2018 – Seramai 5 orang pegawai dan kakitangan dari Pusat Penyelidikan Mineral(PPM) hadir ke pejabat JMG Terengganu bagi mengadakan perbincangan bertujuan untuk menjalankan projek R&D teknologi hijau, pemulihan tanah lombong yang terdapat di Kawasan Bukit Besi. Perbincangan ini turut disertai oleh pengarah, KULK dan tiga kakitangan unit lombong kuari. Hasil dari perbincangan ini tiga lokasi lombong dilawati iaitu lombong besi Cahaya Ikhtiar, Lombong besi Vista Mining dan Lombong besi Webcon Mining.
SELAMAT DATANG KE UNIT LOMBONG DAN KUARI JMG TERENGGANU
Kuala Terengganu, 5 Februari 2018 - Unit Lombong dan Kuari telah menerima kehadiran Ketua Unit yang baru iaitu En. Azihan B Mat Arshad menggantikan En. Ir. Tan Hai Hong. Sebelum ini En. Azihan telah berkhidmat di JMG Kedah/Perlis/Pulau Pinang hampir 9 tahun. Ketibaan beliau di Unit L&K disambut oleh En.Zarir bin Zawawi(PPG).
ceramah "penerangan kesedaran pengurusan haji mabrur"
JMGSWP 12 Februari 2018, ceramah "Penerangan Kesedaran Pengurusan Haji Mabrur" telah disampaikan oleh wakil dari ETIQA TAKAFUL di mana taklimat dan nasihat berkaitan simpanan pelaburan yang lebih bijak dan halal diperkenalkan kepada warga JMGSWP.