ALOR SETAR, 5 Februari 2018 - JMG Kedah / Perlis / Pulau Pinang berbesar hati menerima kunjungan Persatuan Pemandu Pelancong Kedah (KTGA) ke jabatan ini bagi mendengar taklimat mengenai Geopark Jerai.
TAHNIAH Datuk Hj Shahar Effendi Bin Abdullah Azizi, Ketua Pengarah JMG
Kami, seluruh warga kerja Pusat Penyelidikan Mineral, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Ipoh mengambil peluang ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi Tahniah kepada Ketua Pengarah, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Tuan Hj Shahar Effendi bin Abdullah Azizi atas pengurniaan pingat Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk sempena sambutan Hari Wilayah pada 1 Februari 2018.
Pengurniaan ini merupakan satu pengiktirafan yang besar dan amat bermakna kepada Jabatan dan seluruh kaum kerabat JMG.
Alhamdulillah dan Tahniah Datuk!
Selamat Maju Jaya En Azemi
Seremban, 12 Januari 2018 - Seluruh warga JMG NSM mengucapkan tahniah dan syabas kepada En. Azemi bin Hj Eki, Timbalan Pengarah JMG NSM yang akan memulakan tugas sebagai Pengarah di JMG Terengganu mulai 15 Januari 2018.
Doa kami semoga En.Azemi akan terus cemerlang di tempat baru. Terima kasih di atas segala tunjuk ajar yang telah diberikan sepanjang En. Azemi berada di JMG NSM.
Lawatan Kerja ke Tapak Kuari
Seremban, 24hb Januari 2018 - Encik Joanes Muda, Pengarah JMG NSM telah membuat lawatan kerja ke enam buah tapak kuari yang berada dalam Mukim Labu, Daerah Seremban. Kuari-kuari tersebut adalah Malaysian Rock Products S/B, Jaksa Quarry S/B, Highway Quarry S/B, Hanson Quarry Product S/B, Batu Tiga Quarry S/B dan Romila Marketing S/B. Tujuan lawatan ini adalah untuk berbincang dengan pengusaha-pengusaha kuari berkaitan dengan status pematuhan terhadap peraturan-peraturan kuari serta peraturan-peraturan baru yang diperkenalkan. Disamping itu, masalah-masalah yang dihadapi oleh pegusaha-pengusaha kuari juga dibincangkan. Turut serta dalam lawatan ini adalah Ketua Unit Lombong dan Kuari, Encik Hairul bin Mohamed Shaharudin dan Encik Mohd Yusuf bin Asby, Penolong Pegawai Geosains dan Encik Azmiran bin Amran, Pembantu Geosains.
Lawatan Kuari
Seremban , 23hb Januari 2018 : Encik Joanes Muda, Pengarah JMG NSM telah membuat lawatan kerja ke tiga buah tapak kuari, iaitu Eng Lian Quarry S/B dan Spring Energy S/B yang berada dalam Daerah Seremban dan Tanah Merah Quarry S/B yang berada dalam Daerah Port Dickson. Tujuan lawatan ini adalah untuk berbincang dengan pengusaha-pengusaha kuari berkaitan dengan status pematuhan terhadap peraturan-peraturan kuari serta peraturan-peraturan baru yang diperkenalkan. Disamping itu, masalah-masalah yang dihadapi oleh pegusaha-pengusaha kuari juga dibincangkan. Turut serta dalam lawatan ini adalah Ketua Unit Lombong dan Kuari, Encik Hairul bin Mohamed Shaharudin dan Encik Mohd Azmiran bin Amran, Penolong Pegawai Geosains.