IPOH, 18 April 2017: Kelab Sukan Dan Kebajikan Bahagian Perkhidmatan Teknikal telah menganjurkan Kursus Pengurusan Jenazah (Warga Lelaki), bertempat di Surau BPT.
Lawatan Pegawai Dan Kakitangan Jabatan Alam Sekitar
IPOH, 11 April 2017: Pada pagi ini Bahagian Perkhidmatan Teknikal telah dikunjungi oleh beberapa pegawai dan kakitangan dari Jabatan Alam Sekitar Putrajaya dan Ipoh. Delegasi Jabatan Alam Sekitar ini diketuai oleh En. Norazizi Adinan, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Penguatkuasa, Jabatan Alam Sekitar.
Lawatan KSU Dan TKSU NRE Ke Bahagian Perkhidmatan Teknikal
IPOH, 28 Mac 2017: Pada hari ini Bahagian Kompleks JMG Ipoh telah menerima kunjungan rasmi Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar, YBhg Dato' Sri Azizan Bin Ahmad serta Timbalan Ketua Setiausaha NRE Ybhg Dato' Dr. Nadzri Bin Yahaha, Ketua-ketua jabatan dan pegawai-pegawai kanan kementerian.
Taklimat ICP-MS
IPOH, 14 Februari 2017: Satu sesi taklimat mengenai Peralatan Inductive Coupled Plasma - Mass Spectra (ICP-MS) telah diadakan Bilik Mesyuarat Cawangan Perkhidmatan Makmal. Taklimat telah disampaikan oleh En Tan Chow Chai dan Cik Chow Mei Ling dari Agilent Technologies Sales (M) Sdn. Bhd.
Jamuan Persaraan Puan Zaitun Othman
IPOH, 15 Februari 2017: Hari ini telah berlangsungnya Jamuan Persaraan Puan Zaitun Othman, Pembantu Geosains C26 dari Cawangan Perkhidmatan Makmal. Beliau akan mula bersara pada 11 April 2017 setelah bertugas selama 36 tahun dengan jabatan ini.