Aktiviti penyediaan bubur lambuk BPT sudah menjadi kebiasaan pada setiap tahun. Dan pada tahun ini, akan dimulakan pada hari Khamis 25.06.2015 dengan sumbangan daripada KSKBPT dan para kakitangan BPT. Penyediaan bubur ini dibuat secara gotong royong seperti tahun-tahun sebelumnya. Hasilnya disedekahkan kepada para kakitangan dan pegawai yang tering merasai kelazatan bubur lambuk BPT
Kursus Radiation Protection Awareness
Pada tarikh 10 Jun 2015, satu kursus radiation Protection Awareness telah berjaya diadakan di Bahagian perkhidmatan Teknikal dengan kerjasama Unit Pembangunan Sumber Manusia Ibu Pejabat. Dengan bilangan peserta seramai 25 orang dari Perkhidmatan Makmal, Perkhidmatan Geosains dan Pusat Penyelidikan Mineral telah menghadiri kursus tersebut.
Gotong-royong Pembersihan Makmal
IPOH, 15 Mac 2015: Cawangan Perkhidmatan Makmal telah mengadakan gotong-royong bagi membersihkan kawasan persekitaran Makmal Ipoh. Program bertujuan membuang sampel-sampel lama, barangan rosak dan membersihkan bilik penyediaan sampel.
KSKBPT Mendaki Gunung Kledang
IPOH, 12 April 2015: Sebagai pembuka tirai aktiviti Kelab Sukan Dan Kebajikan Bahagian Perkhidmatan Teknikal bagi tahun 2015, kelab ini telah menganjurkan program mendaki Gunung Kledang Ipoh. Program ini adalah sebagai permulaan kepada Program Mendaki Gunung Kinabalu pada tahun 2017 nanti.
Karom Terbuka MAKSAK Perak
Pada tanggal 28 Mac 2015, satu pertandingan karom terbuka anjuran MAKSAK Perak telah diadakan di Stadium Perak. Pertandingan berlangsung di dalam bilk media di bangunan utama stadium tersebut. Matlamat utama pertandingan tersebut adalah mendapatkan lapisan pelapis untuk mewakili pasukan karom Perak ke Pertandingan Karom MAKSAK 2015 yang bakal berlangsung di Sabah.