IPOH, 9 Disember 2014: Tahun 2014 menyaksikan perubahan besar kepada 'wajah' Bahagian Perkhidmatan Teknikal. Perubahan ini melibatkan banyak pengubahsuaian bilik dan ruang daripada bentuk yang suram kepada keadaan yang lebih ceria.
Makan Malam KSKBPT 2014
IPOH, 18 Okt. 2014: Kelab Sukan Dan Kebajikan Bahagian Perkhidmatan Teknikal telah mengadakan Majlis Makan Malam pada 18 Oktober 2014. Program dua tahun sekali ini telah pun diadakan kali pertama pada tahun 2012 yang lalu.
Lawatan Menteri Besar Perak Ke Kompleks JMG Ipoh
IPOH, 15 September 2014: Pada hari ini, Kompleks JMG Ipoh telah dikunjungi oleh Tetamu Istimewa, Menteri Besar Perak Dato' Seri DiRaja Dr. Zambri Bin Abdul Kadir serta rombongan dari MB Incorporated, Setiausaha Kerajaan, Pejabat Tanah dan Galian, Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (KUISAS) serta EXCO Kerajaan Negeri.
Jamuan Hari Raya Bahagian Perkhidmatan Teknikal
IPOH, 21 Ogos 2014: Bahagian Perkhidmatan Teknikal, JMG telah mengadakan Jamuan Hari Raya pada 21 Ogos 2014. Seperti biasa, jamuan bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim untuk semua kakitangan di BPT. Majlis telah diserikan dengan bacaan puisi khasuntuk Gaza serta membuat kutipan wang untuk rakyat Palestin.
Antara tetamu yang hadir ialah Pengarah Pusat Penyelidikan Mineral serta YDP Kelab Sukan Dan Kebajikan PPM, Pengarah JMG Perak dan Pengerusi Kelab Kebajikan Dan Rekreasi JMG Perak.
Majlis Jamuan Persaraan Timbalan Pengarah Perkhidmatan Makmal
IPOH, 22 Ogos 2014: Pada hari ini telah diadakan satu majlis jamuan makan sempena meraikan persaraan En. Chin Siew Yee, Timbalan Pengarah Makmal yang akan bersara secara wajib pada 6 September 2014. Majlis telah diadakan pada hari Jumaat jam 3:00 petang dan telah dihadiri oleh Pengarah serta Timbalan-timbalan Pengarah BPT serta semua kakitangan Makmal BPT.