PAMERAN SEMPENA SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR SEDUNIA
Majlis Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia bersama Rakan Alam Sekitar (RAS) dan Pasukan Pemantau Pencemaran (3P) Negeri Kelantan 2015 telah diadakan di Dewan Pusat Transformasi Keilmuan Parlimen Machang, Kg.Cherang Bukit Tiu, Machang, Kelantan.Perasmian majlis telah dilaksanakan oleh Datoβ Mokhtar bin Mustapha, Pengarah JPP Negeri Kelantan yang mewakili Y.B Dato' Sri Mustapa Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Majlis ini juga turut dihadiri Tuan Timbalan Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Negeri Kelantan (JMG Kelantan) yang mewakili Tuan Pengarah JMG Kelantan.
Lawatan Turun Padang PPO
Pada 29 April 2015 yang lalu, Pejabat JMG Kelantan menerima kunjungan rasmi daripada Pengarah Penyelarasan Pelaksanaan Operasi (PPO), Tuan Haji Ab. Halim bin Hamzah sempena lawatan turun padang ke JMG Kelantan. Beliau diiringi oleh Puan Siti Aminah binti Abd. Sarif, Tuan Haji Nurzaidi bin Abdullah dan Encik Samizun bin Said. Program pada hari pertama dimulakan dengan lawatan Pengarah PPO dan rombongan ke tapak telaga air tanah yang dibina di bawah Program Pencegahan Kebakaran & Pengurusan Tanah Gambut Sering Terbakar di kawasan Batu Karang, Pasir Mas. Beliau telah diberi penerangan berhubung keberkesanan dan sumbangan JMG dalam program tersebut. Seterusnya rombongan PPO telah dibawa melawat tapak tanah bangunan baru Pejabat JMG Kelantan yang terletak di Tunjung, Kota Bharu.
Penyampaian Bantuan Pasca Banjir JMG Kelantan
18 Januari 2015, JMGM Kelantan - Satu majlis rasmi penyampaian bantuan berupa wang tunai dan barangan keperluan yang diperolehi daripada JMG Kedah/Perlis/Pulau Pinang yang disumbangkan pada 16 Januari 2015 kepada kakitangan JMG Kelantan yang terjejas akibat banjir.
LAWATAN RASMI TIMBALAN KETUA PENGARAH OPERASI
JMG KELANTAN, 03 November 2014 (Isnin) - Pada hari ini JMG Kelantan telah dilawati oleh TKP Operasi, Tn. Hj. Mustapha Mohd Lip dan diiringi oleh Pegawai Geosains Encik Mat Wadi bin Abdul Satar. Ketibaan mereka disambut oleh tuan pengarah, timbalan-timbalan pengarah dan para pegawai JMG Kelantan.