IPOH, 15 NOVEMBER – Sekalung tahniah buat PPM atas kejayaan melepasi audit pensijilan semula (recertification audit) yang telah dijalankan pada 14 - 15 November 2024 oleh auditor dari SIRIM QAS International Sdn. Bhd., Puan Meena a/p Ragawan dan En. Muhammad Fadhlullah bin Rahmat.
Baca selanjutnya
MYQDMI V2.0 AI APPS FOR SPATIAL ASSESSMENT AND SOURCE IDENTIFICATION OF DUST POLLUTION AT QUARRY SITE
PUTRAJAYA, 23 OKT - Pegawai Penyelidik dari Pusat Penyelidikan Mineral, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (PPM-JMG) En Ahmad Firdaus Shamsul Baharin dari Cawangan Teknologi Perlombongan dan Pengkuarian (CTPP) telah membentangkan kertas teknikal bertajuk “MYQDMI V2.0 AI APPS FOR SPATIAL ASSESSMENT AND SOURCE IDENTIFICATION OF DUST POLLUTION AT QUARRY SITE”.
Pembentangan ini diadakan di IQM CONEX, SMART QUARRIES: AI & TOP TRENDING TECHNOLOGIES (SQ-ATT 2024) pada 22-23 Oktober 2024 bertempat di Palm Garden Hotel, Putrajaya.
Optimizing Industrial Waste for Sustainable Mineral Production: A Geoscientific Approach to Precipitated Calcium Carbonate in Malaysia
LANGKAWI, 6 NOV – Pegawai Penyelidik dari Pusat Penyelidikan Mineral, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (PPM-JMG), Ts. Zawawi Mahim telah membentangkan kertas teknikal yang bertajuk “Optimizing Industrial Waste for Sustainable Mineral Production: A Geoscientific Approach to Precipitated Calcium Carbonate in Malaysia”.
Baca selanjutnya
PROGRAM PROMOSI PERKHIDMATAN UJIAN BATU DIMENSI KE KUARI SEKITAR NEGERI PERAK
IPOH, 28 OKTOBER – Satu program promosi secara bersasar bagi perkhidmatan Ujian Batu Dimensi (UBD) telah diadakan di kuari-kuari sekitar Mukim Sg Raia, Daerah Kinta.
Program ini bertujuan memberikan hebahan dan mendapatkan maklum balas secara langsung daripada pihak kuari berhubung perkhidmatan ujian batu dimensi yang disediakan di Pusat Penyelidikan Mineral.
Program ini telah dijayakan oleh Pasukan Promosi MS ISO 9001:2015 & Harta Intelek PPM dengan kerjasama JMG Negeri Perak. Kuari yang terlibat dalam program pada kali ini ialah Kuari Bukit Pulai Sdn. Bhd. dan Sri Martek Marbles Industries (M) Sdn. Bhd., Mukim Sg Raia, Daerah Kinta, Perak.
Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.
Taklimat : Perlaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA)
Ipoh, 18 Oktober - Unit Pentadbiran dan Kewangan, Pusat Penyelidikan Mineral telah mengadakan satu taklimat berkenaan SSPA
Taklimat ini telah disampaikan oleh Puan Wan Shafarina bt Wan Marzuki (Pembantu Tadbir Kanan N22) bertempat di Dewan Seminar, PPM
Diharap sesi taklimat ini dapat menambah pengetahuan semua warga PPM dengan lebih mendalam tentang Perlaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).