Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) dengan anjuran bersama Institut Kejuruteraan Galian Malaysia telah menganjurkan Luncheon Talk yang bertajuk Overview of Mining: The 3 M dan Mineral Exploration pada 17 Mei 2017 (hari Rabu) bertempat di Dewan Seminar PPM. Syarahan ini telah dihadiri oleh 55 orang peserta yang terdiri dari agensi kerajaan dan swasta. Peserta dari agensi kerajaan kebanyakkannya adalah daripada pegawai dan kakitangan Jabatan Mineral dan Geosains manakala dari agensi swasta pula kebanyakannya dihadiri oleh pengusaha lombong dari seluruh Malaysia.
Syarahan yang bertajuk The 3 M telah disampaikan oleh Ir Khor Peng Seong manakala Mineral Exploration telah disampaikan oleh Ir Dr Mior Termizi Bin Mohd Yusof. Antara perkara-perkara yang dibentangkan oleh Ir Khor yang berkaitan dengan 2M memberi maksud Mineral, Mining dan Money serta cabaran yang perlu dilakukan dari rizab mineral.
Manakala pembentangan daripada Ir Dr Mior pula adalah memberi panduan mengenai teknik pencarigalian yang berkesan bagi menilai sumber mineral khususnya untuk pelombong-pelombong.
https://blog.jmg.gov.my/jmg-negeri-sembilan-melaka/ime-luncheon-talk#sigProIdd169f9a7e3