Program Perhimpunan Bulanan JMG Pahang Bil 1/2020

Program Perhimpunan Bulanan JMG Pahang Bil 1/2020

Pada 30 Januari 2020, bersamaan hari Khamis 5 Jamadilakhir 1441H, telah dilaksanakan Program Perhimpunan Bulanan Bil 1/2020 JMG Pahang. Ini merupakan perhimpunan bulanan pertama JMG Pahang bagi tahun 2020. Acara program didahului dengan sarapan pada pukul 8.30 pagi, sebelum program perhimpunan bermula pada pukul 9.00 pagi di Bilik Ilmenite, JMG Pahang. Program kali ini dianjurkan Unit Pengurusan Maklumat JMG Pahang, dengan juruacara majlis ialah Pn Siti Nurhayati binti Hizali, Penolong Juruukur JMG Pahang. Bacaan doa dibacakan oleh En Zaharil bin Juhari, Penolong Juruukur JMG Pahang, diikuti nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Pahang, Malaysia Bersih dan Lagu JMG Malaysia. Bacaan ikrar selanjutnya dibacakan oleh En Zaharil bin Juhari.

H1

H1

H1

 

H4 Ikrar

H4 Ikrar

Program diteruskan dengan ucapan olen Pengarah JMG Pahang, YH Datoโ€™ Ir. Azman bin Abd. Majid. Beliau memulakan ucapan dengan salam hormat sebelum menyampaikan amanat tahun baharu 2020 beliau dengan panjang lebar berkenaan banyak perkara terkini yang perlu diambil perhatian oleh kakitangan JMG Pahang, antaranya termasuk penularan wabak Novel Coronavirus yang melanda dunia sekarang, langkah penjagaan dan pengawalan kesihatan, sentiasa menjaga dan prihatin dengan penggunaan masa serta hala tuju dan perkembangan jabatan yang terbaharu. Beliau juga turut mengingatkan semua pegawai khususnya pegawai projek mengenai Rancangan Kerja Tahunan 2020 dan keperluan semua pegawai dan kakitangan untuk bersedia melaksanakan semua tugasan yang dirancang dan ditetapkan.

H6 Pengarah

Program selanjutnya ialah sesi taaruf pengenalan diri oleh En Muhammad Asriq bin Zaha Halimy, Pegawai Geosains baharu JMG Pahang yang mendaftar pada 13 Disember 2019 yang lalu. Masih muda dan bujang, beliau yang berasal dari Kuala Lumpur, merupakan siswazah dari Universiti Malaya, Kuala Lumpur dan pernah berkhidmat dengan syarikat swasta sebelum menjawat jawatan di JMG.

H7 Asriq

Program disambung dengan sesi tayangan video oleh Unit Pengurusan Maklumat berkenaan imbauan aktiviti-aktiviti yang telah dilangsungkan dan dirakam dalam tahun 2019.

Program diteruskan dengan sesi pengucapan awam oleh En Mohd Nazri bin Rosli, Pembantu Awam dan En Kamarulhairi bin Abdul Wahab, Pemandu JMG Pahang. Mereka berdua telah menceritakan kisah pengalaman mereka semasa melaksanakan kerjapangan kajian emas di Lanchang baru-baru ini. Banyak perkara menarik dikisahkan untuk dikongsi bersama kakitangan lain, antaranya cerita kawasan perkhemahan mereka yang dilanda banjir akibat hujan lebat dan pengalaman memasak di kawasan bertakung air banjir. Warga JMG Pahang yang hadir nampaknya tertarik dan terhibur atas perkongsian pengalaman yang dilaksanakan mereka berdua.

H8 Nazri Eri

Program Perhimpunan Bulanan Bil 1/2020 JMG Pahang ini disambung dengan majlis penyampaian sumbangan kelab kepada En Zaharil bin Juhari yang baharu menimang cahaya mata lelakinya yang pertama, diikuti acara menotong kek harijadi bagi kakitangan yang lahir pada Januari 2020.

H10 kek1

H10 kek1

H10 kek1

Program perhimpunan bulanan ini ditangguhkan dengan majlis makan tengahari pada pukul 12.30 tengahari.

Semoga program yang dilaksanakan ini terus dapat sentiasa menambah baik kesepakatan, kerjasama dan silaturrahim yang erat antara kakitangan JMG Pahang dan terus menambahkan keceriaan tugasan kakitangan di pejabat secara khususnya.

Written by : aznawi