13hb Oktober 2022 (Khamis) – Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal kepada Jawatankuasa Bersama Projek Perintis Mineral Unsur Nadir Bumi Bukan Radioaktif (nr-ree) telah bersetuju untuk mengadakan lawatan tapak di atas kawasan pelaksanaan Projek Perintis Mineral NR-REE di atas tanah milik Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP).
TAKLIMAT EKSPLORASI GEOKIMIA DAN LATIHAN MENDULANG DI KAWASAN SG. CHERAS, TAPAH, PERAK
20hb Oktober 2022 (Khamis) – Unit Sumber Mineral, Jabatan Mineral dan Geosains Negeri Perak telah mengadakan Taklimat Eksplorasi Geokimia dan Latihan Mendulang di kawasan Sg. Cheras, Tapah, Perak. Taklimat ini telah diberi oleh Pegawai Geosains yang berpengalaman dalam Sumber Mineral iaitu En Mahat bin Hj. Sibon.
PAMERAN JMG PERAK DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JALAN TASEK SEMPENA MINGGU STEM (SCIENCE, TECHNOLOGY, ENGINEERING, MATHEMATICS)
04 Oktober 2022 : Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Perak telah dijemput sebagai pempamer bagi Minggu STEM di SMK Jalan Tasek, Ipoh. JMG Perak membawa sample batu dan mineral serta mempromosikan Geopark Lembah Kinta dan Geopark Lenggong. Selain JMG Perak, terdapat banyak booth dari agensi lain seperti Jabatan Kimia, Universiti Teknologi Petronas (UTP), Management & Science University (MSU), UniKL RCMP, Institut Latihan Perindustrian Ipoh, Kolej Komuniti Sungai Siput, Politeknik Ungku Omar, FutureLab Damansara, Fantastic Pastry Culinary Art, IKM Lumut dan beberapa agensi lain.
BENGKEL KICK-OFF “BUSINESS LICENCING ELECTRONIC SUPPORT SYSTEM" (BLESS) BAGI PROSES PERMOHONAN DAN PENGELUARAN SKSPM SERTA HANDHOLDING KEPADA PEMEGANG SKSPM
27 - 29 September 2022 : Unit Pembangunan Lombong dan Kuari (UPLK), JMG Perak bersama Cawangan Penyelarasan dan Pelaksanaan Operasi, Ibu Pejabat JMG Malaysia dan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) telah menganjurkan Bengkel Kick-Off “Business Licencing Electronic Support System" (BLESS) Bagi Proses Permohonan Dan Pengeluaran SKSPM serta Handholding Kepada Pemegang SKSPM bertempat di Bahagian Perkhidmatan Teknikal, Ipoh pada 27 - 29 September 2022.
PROGRAM PENDEDAHAN DAN KESEDARAN KEPADA KAKITANGAN JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA NEGERI PERAK TERHADAP PEMBANGUNAN GEOTRAIL DAN GEOGUIDE DI LENGGONG GEOPARK
29 Sept 2022 (Khamis) : Satu program anjuran Unit Geosains Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Perak iaitu Program Pendedahan Dan Kesedaran Kepada Kakitangan Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia Negeri Perak Terhadap Pembangunan Geotrail Dan Geoguide Di Lenggong Geopark telah berjaya dilaksanakan pada 29 September 2022 . Turut hadir menyertai program lawatan kerja ini adalah Timbalan Pengarah Unit Geosains, En. Mat Niza Bin Abdul Rahman dan Ketua Pengurusan Maklumat, En. Farid Bin Zainudin.