Ipoh, 5 Julai 2018 – Sebuah Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat JMG Perak telah diadakan di perkarangan JMG Perak. Sambutan ini disambut meriah dengan dihadiri oleh semua kakitangan JMG Perak dan para tetamu jemputan. Majlis ini juga diadakan bersama dengan Perhimpunan Bulanan JMG Perak.
Kunjungan Hormat YBHG. Datuk Haji Shahar Effendi Bin Abdullah Azizi Ketua Pengarah Kepada YAB Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Bin Dato’ Azumu
IPOH, 5hb Jun 2018 – YBhg. Datuk Haji Shahar Effendi bin Abdullah Azizi, Ketua Pengarah JMG Malaysia telah mengadakan kunjungan hormat kepada YAB Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal bin Dato’ Azumu selaku Menteri Besar Perak yang baru susulan Pilihanraya Malaysia yang ke-14.
KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH JMG PERAK, DATO’ IR AHMAD ZUKNI BIN AHMAD KHALIL KEPADA YAB MENTERI BESAR PERAK, DATUK SERI DIRAJA DR. ZAMBRY ABDUL KADIR
Ipoh, 28 Februari 2018 - Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Perak (JMG) telah membuat kunjungan hormat kepada YAB Menteri Besar Perak, Datuk Seri DiRaja Dr. Zambry Abdul Kadir di Pejabat YAB Menteri Besar Perak.
SELAMAT HARI PEKERJA 2018
Majlis Perasmian & Penyerahan Telaga Tiub Air Tanah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Perak (JMG) Kepada Lembaga Air Perak (LAP) Di Sekolah Menengah Sains Bagan Datuk (SABDA), Perak
Bagan Datuk, 27 April 2018 - Majlis penyerahan Telaga Tiub Air Tanah Jabatan Mineral & Geosains Malaysia, Perak (JMG) Kepada Lembaga Air Perak (LAP) telah dirasmikan oleh YAB Dato' Seri DiRaja Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Masalah bekalan air seperti tekanan air rendah dan gangguan pada waktu puncak adalah antara masalah yang tidak dapat dielakkan di Bagan Datuk.
Bagi mengatasi masalah ini, sumber air tanah dikenalpasti sebagai salah satu sumber alternatif yang disyorkan untuk dibangunkan. Pejabat Timbalan Perdana Menteri bersetuju meluluskan sejumlah RM500,000.00 melalui ICU kepada Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) untuk melaksanakan Projek Perintis Pembangunan Sumber Air Tanah di daerah Bagan Datuk dengan Jabatan Mineral & Geosains Malaysia Perak (JMG) sebagai agensi pelaksana. Ujian pengepaman kualiti air menunjukkan kadar jumlah air dari telaga yang dibina ialah 55,000 gelen sejam. Kadar jumlah seperti ini berupaya untuk memenuhi keperluan 30,000 penduduk di daerah Bagan Datuk. Ujian makmal kualiti air pula menunjukkan air yang diperolehi adalah air tawar yang sesuai sebagai sumber air mentah untuk kegunaan domestik.
Di akhir ucapan, YAB Dato' Seri DiRaja Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan syabas kepada Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG), Datuk Shahar Effendi bin Abdullah Aziz dan warga kerja JMG khususnya JMG Perak yang diterajui oleh Pengarah, Dato' Ir Ahmad Zukni Bin Ahmad Khalil di atas kejayaan projek ini.
https://blog.jmg.gov.my/jmg-perak/author/norhazliza?start=55#sigProId6bbd723e78