02 September 2022 (Jumaat) : Majlis Persaraan tahun 2022 dan Perhimpunan Bulanan JMG Perak, Malaysia telah diadakan bertempat di Hotel Tower Regency, Ipoh pada jam 3.00 petang. Dalam majlis ini, JMG Perak akan meraikan 2 orang pesara iaitu En. Mohd Jasmi Bin Ibrahim dan En. Mat Adnan Bin Mat. Majlis dimulakan dengan kata aluan daripada pengerusi majlis iaitu En. Amir Mizwan dan seterusnya bacaan doa oleh En. Putra Ariff Fadzillah. Kemudian majlis diteruskan dengan ucapan daripada Pengarah JMG Perak, Dato’ Ir. Ahmad Zukni Bin Ahmad Khalil.
GOTONG ROYONG MERDEKA 2022 ANJURAN KELAB KEBAJIKAN DAN REKREASI (KKR), JMG PERAK
30 Ogos 2022 (Selasa) : Program gotong royong anjuran Kelab Kebajikan dan Rekreasi (KKR) JMG Perak telah dijalankan pada hari ini bersempena sambutan ulangtahun kemerdekaan Malaysia ke-65 tahun. Seramai 40 ahli KKR yang terlibat dalam menjayakan program ini.
PERHIMPUNAN BULANAN BIL. 6/2022 JMGM PERAK DAN SAMBUTAN KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 65 TAHUN 2022
30 Ogos 2022 (Selasa) : Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Perak telah mengadakan Perhimpunan Bulanan Bil.6/2022 pada jam 8.30 pagi bertempat di Dewan Granite. Urusetia yang bertugas untuk bulan ini bagi pengacara majlis ialah Pn. Hanisah, pembaca doa ialah En. Putra Ariff Fadzillah dan lafaz ikrar diketuai oleh En. Mohamad Shah Rizal. Pada Majlis Perhimpunan ini antara agenda majlis ialah Penyampaian Perutusan oleh Dato’ Ir. Ahmad Zukni Bin Ahmad Khalil selaku Pengarah JMGM Perak.
LAWATAN KERJA SAMBIL BELAJAR OLEH KELAB KEBAJIKAN DAN REKREASI (KKR), JMG PERAK KE KILANG SPRITZER, AIR KUNING, TAIPING, PERAK
22 Ogos 2022 (Isnin) : Lawatan Kerja Sambil Belajar oleh Kelab Kebajikan Dan Rekreasi (KKR), JMG Perak ke Kilang Spritzer, Air Kuning, Taiping, Perak telah dijalankan pada hari ini. Seramai 20 ahli KKR telah terlibat dalam menjayakan program ini. Program ini bermula pada jam 8.30 pagi dengan bersarapan kemudian mula gerak ke Kilang Spritzer, Air Kuning, Taiping pada jam 9.30 pagi. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk meningkatkan pengetahuan ahli KKR berkaitan proses pengeluaran air mineral.
GOTONG ROYONG MEMASAK BUBUR ASYURA DAN JAMUAN BIHUN SUP TULANG
18 Ogos 2022 (Khamis) : Satu Program Gotong Royong Memasak Bubur Asyura dan Jamuan Bihun Sup Tulang 2022 JMG Perak anjuran Kelab Kebajikan dan Rekreasi (KKR) JMG Perak telah dijalankan pada hari ini. Seramai 35 ahli KKR telah terlibat dalam menjayakan program ini. Program ini bermula pada jam 8.45 pagi. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim dikalangan ahli kelab dan bergotong royong dalam menyediakan Bubur Asyura.