BENGKEL PENGGUNAAN SISTEM MyMesyuarat 2.0 DALAM PENYEDIAAN DAN PENILAIAN SEBUTHARGA/TENDER SECARA GOOGLE MEET

BENGKEL PENGGUNAAN SISTEM MyMesyuarat 2.0 DALAM PENYEDIAAN DAN PENILAIAN SEBUTHARGA/TENDER SECARA GOOGLE MEET

ONLINE JMG SABAH (15 FEBRUARI 2021) :  Unit Pengurusan Maklumat telah menganjurkan bengkel penggunaan sistem MyMesyuarat bagi persediaan dalam penyediaan dan penilaian sebutharga/tende kelak.  Seramai 20 peserta melibatkan kakitangan JMG Sabah dari pelbagai gred dan peranan dalam sebutharga A/B/tender terutama keanggotaan sebagai Urusetia/Setiausaha telah hadir dengan jayanya bengkel secara atas talian dari pejabat atau kediaman masing-masing.

Inti pati bengkel mendedahkan peserta agar dapat memastikan semasa tempoh PKP, proses perolehan (sebutharga dan tender) dapat diteruskan walaupun sedang BDR mengikut tatacara yang betul semasa menggendali maklumat terhad/sulit di atas talian.  Medium yang akan digunakan adalah internet, perisian VC, sistem mesyuart online dan sistem ePerolehan itu sendiri.  Terdapat tiga peranan utama iaitu urusetia (SH/Tender), setiausaha (SH/Tender) dan pentadbir sistem yang akan menggunakan sistem ini semasa mesyuarat dilaksanakan.  Penggunaan sistem MyMesyuarat ini juga dapat menyokong tujuan baik kerajaan mengurangkan penggunaan kertas (paperless) di masa hadapan.

JMG SABAH MENGUCAPKAN SELAMAT TAHUN BARU CINA 2021

JMG SABAH MENGUCAPKAN SELAMAT TAHUN BARU CINA 2021

KOTA KINABALU, SABAH (11 FEBRUARI 2021) KHAMIS : Seluruh warga Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Sabah (JMG Sabah) mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina 2021 buat seluruh warga JMG yang merayakannya, JMG Sabah khasnya dan JMG Malaysia amnya. 

Juga buat seluruh rakyat Malaysia yang merayakan Tahun Baru Cina 2021. 

Pesanan, berayalah kita dengan mematuhi SOP yang telah disarankan oleh kerajaan Malaysia. Patuhi SOP MKN.

Sumber Foto : Pengarah JMG Sabah En. Jontih Enggihon