Shah Alam 14 Februari 2018, Mesyuarat Pembangunan JMGSWP Bil. 1/2018 telah diadakan bagi membincang dan menguruskan projek dan aktiviti jabatan yang akan dilaksanakan bagi tahun 2018.
Kaji selidik untuk malaysian institute of road safety research (miros)
JMGSELWP 13 Februari 2018, satu "Kaji Selidik Mengenai Persepsi Orang Awam Terhadap Aktiviti Penguatkuasaan Trafik di Jalan Raya Sempena Tahun Baru Cina 2018" telah diadakan untuk mendapatkan pandangan dan cadangan daripada warga JMGSWP.
ceramah "penerangan kesedaran pengurusan haji mabrur"
JMGSWP 12 Februari 2018, ceramah "Penerangan Kesedaran Pengurusan Haji Mabrur" telah disampaikan oleh wakil dari ETIQA TAKAFUL di mana taklimat dan nasihat berkaitan simpanan pelaburan yang lebih bijak dan halal diperkenalkan kepada warga JMGSWP.
setinggi-tinggi tahniah kepada pn. mazatul
Banting, 10 Februari 2018, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Labohan Dagang telah mengadakan Majlis Sambutan Jubli Emas 100 Tahun Kg. Labohan Dagang. Sempena majlis sambutan tersebut Pn. Mazatul Akmar bt. Aros telah dianugerahkan dengan Anugerah Khidmat Cemerlang di atas sumbangan bakti beliau dan JMGSWP terhadap pembangunan Kampung Labohan Dagang. Tahniah Pn. Mazatul.
taklimat projek nuof "disaster resilient cities: forecasting local level climate extremes and physical hazards for kuala lumpur"
Pada 5 Februari 2018, Lawatan kerja pihak pasukan Projek Newton-Ungku Omar Fund diketuai oleh Prof. Dr. Joy Jacqueline Pareira dari SEADPRI UKM bersama ahli pasukan ke JMG SEL/WP. Sesi taklimat dan perbincangan bagi kerjasama di antara dua pihak telah diadakan yang dipengerusikan oleh En. Jontih Enggihon, Pengarah JMG SEL/WP. Sesi perbincangan turut dihadiri oleh wakil-wakil dari JMG Ibu Pejabat dan BPT.