Pada 16 Januari 2018, Majlis Perhimpunan Bulanan dan Suai kenal bersama Pengarah Baru JMGSWP, En. Jontih Enggihon.
Majlis Perhimpunan Bulanan Bilangan 12/2017
Majlis Perhimpunan Bulanan JMGSWP Bilangan 12/2017 telah diadakan pada 14 Disember 2017 yang juga merupakan perhimpunan terakhir bagi tahun 2017 dan disusuli dengan Sesi Taklimat Pengenalan Penggunaan Peralatan Komunikasi "Radio Amatur" oleh En. Harman Alibiah dari Unit Sumber Mineral.
mesyuarat pemurnian fail meja dan LNPT serta sambutan hari keluarga jmgswp 2017
Pada 17 - 19 November 2017, JMGSWP telah mengadakan Mesyuarat Pemurnian Fail Meja dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) beserta Sambutan Hari Keluarga bertempat di Agrotek Garden Resort, Hulu Langat, Selangor.
Perbincangan teknikal projek ECRL fasa 2
Pada 16hb. November 2017, sesi perbincangan teknikal telah diadakan bersama ERE Consulting Group Sdn. Bhd. bagi membincangkan input geologi dalam Laporan EIA untuk Projek East Coast Rail Link (ECRL) Fasa 2 di Bilik Mesyuarat Kuarza, JMGSWP.
sesi perbincangan bersama kontraktor dan konsultan
Pada 6hb. November 2017, Satu sesi perbincangan pra-projek dan post-projek telah diadakan bagi membincangkan status kemajuan projek. Perbincangan ini telah diterapkan dalam amalan JMGSWP bagi meningkatkan lagi kecekapan penyampaian projek dan juga bertukar buah fikiran dengan pihak kontraktor dan konsultan dalam mencapai tujuan utama iaitu memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.